Masih ada yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan.
Seorang lelaki diburu pihak berkuasa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK USJ23, Subang Jaya, Selangor.
Ia selepas dipercayai mengintai dan merakam di dalam tandas wanita.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
“Saya percaya dia masih ada di kawasan ini, pihak polis sedang mencari.
Kalau ada siapa-siapa yang nampak lelaki yang menggunakan ‘handphone’ di tandas wanita, tolong maklumkan kepada saya.”
Lelaki intai wanita mandi pic.twitter.com/uIJLkHSzuD
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) December 21, 2021
Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang berang dengan sikap yang masih ingin mengambil kesempatan walaupun sedang berada di dalam situasi yang genting.
Sumber: Saudagar Kayangan