Semasa

Neelofa Tergamam Bila Tahu Hamil, Check Period Dah Lewat Rupanya dah 3 Minggu HamiI

Hampir empat bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

Memetik laporan Utusan, Neelofa mengakui menerima banyak permintaan daripada peminat yang berharap agar pintu hatinya terbuka untuk berkongsikan wajah anaknya itu kepada umum.

Menurut Neelofa, dia memahami ramai teruja namun pertanyaan dan permintaan sama diterima setiap hati membuatkan dirinya rasa sedikit tertekan.

Saya di bidang seni manakala ayahnya pula lebih kepada bidang keagamaan.

“Mungkin perhatian dan keinginan orang untuk melihat dan nak tahu itu lebih.Tapi, kita cuba elak daripada penyakit ain sebab kita tak tahu bukan…

Tapi, nak cakap saya tak buat langsung itu pun belum pasti,” katanya.

Kata Neelofa lagi, dia cuba untuk elakkan keluarganya daripada anasir tidak baik terutama sekali anaknya yang masih kecil.

“Nauzubillah, kalau terkena pada budak-budak, mak ayah yang akan pening kepala nanti. Jadi, kita ambil jalan selamat.

Kalau mereka itu tidak terlibat dengan dunia hiburan dan tidak dikenali, mungkin lebih senang,” katanya.

Kongsi pengalaman mengandungkan Bilal

Baru-baru ini, menerusi aplikasi TikTok Neelofa ada berkongsikan momen sebaik sahaja dia mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung.

Menerusi video itu, Neelofa mengakui terkejut apabila mengetahui dirinya hamil sambil memegang alat ujian kehamilan.

Dalam video berkenaan turut kedengaran suara Neelofa terkejut melihat alat ujian berkenaan kerana seolah tidak percaya dirinya berbadan dua.

Kata Neelofa lagi, dia tidak merancang tentang kehamilan dan membuat ujian tersebut kerana haid sudah lewat.

“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit. Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” tulisnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melihat momen berkenaan. Malah, ada peminat meminta jika ada video reaksi suaminya PU Riz ketika mendapat perkhabaran gembira itu.

Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas, PU Roz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *