Semasa

Sangkakan Sate Daging, Sekali Kantoi Atuk dan Makcik Bertudung ni JuaI Sate UIar dan Biaw*k

KUNJUNGAN ke Indonesia memang tak sah jika tidak mencuba keenakan sajian asli yang menjadi trademark masyarakat di sana.

Sebut sahaja ayam penyet, bakso, sate dan pelbagai lagi hidangan lain, sudah semestinya ia menjadi antara menu yang termasuk dalam senarai makanan ‘wajib’ untuk dicuba.

Lebih-lebih lagi kesemuanya mudah didapati di gerai tepi jalan dengan harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah.

Selain sate uIar (kiri), ada pengunjung yang turut berani mencuba meneguk daraah uIar (kanan).

Sementara itu dalam satu perkongsian video berasingan, ia memaparkan seorang penjaja warga emas yang memakai kopiah turut menyajikan hidangan sate uIar dan biawak.

Turut dipamerkan di gerai tersebut adalah risalah yang mendakwa kononnya daging reptilia berkenaan merupakan ramuan tradisional bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, paru-paru, asma, gatal dan menguatkan tenaga batin.

Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi kurang senang warga maya memandangkan penjaja berkenaan boleh mengelirukan pelancong menerusi imej mereka yang digambarkan seperti orang Islam.

“Seperti di Bali. Pakai tudung tapi kenapa jual nasi goreng baabi?

“Dulu masa pertama kali travel ke sana, konon teringin nak makan bakso tepi jalan.

Tapi driver tak bagi takut tak halal walaupun penjual pakai tudung. Driver kata kalau nak makan, dia bawa gi restoran halal,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun rata-ratanya mengakui ‘kembang tekak’ dan loya apabila melihat bagaimana daging haiwan eksotik berkenaan selamba dijamah oleh warga tempatan.

“Sumpah nak muntah part minum darah tu. Tak sanggup tengok sampai habis.

“Kemain teguk macam minum air sirap.

“Jadi loya aku nak makan sate tengok video ni,” demikian antara komen netizen.

Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual

(Kiri) Risalah yang dipamerkan di gerai mengenai khasiat hidangan eksotik, (kanan) uIar ditempatkan di dalam sangkar.

Bagaimanapun segelintir netizen warga Indonesia menyifatkan hidangan eksotik sedemikian hanya disajikan di daerah tertentu dan tidak adil untuk ‘memukul rata’ kononnya makanan di negara tersebut tidak halal.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih hampir 4,000 ulang kicau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *