Hasrat pasangan pengantin baru untuk melangsungkan majlis bertandang tidak kesampaian.
Ini apabila mengalami kemaIangan sehingga menyebabkan mempelai lelaki meninggaI dunia.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi memberitahu yang ada menerima laporan tersebut dan mengesahkan kejadian itu.
“Hasil siasatan mendapati, pasangan berkenaan yang menaiki Perodua Myvi dipercayai hilang kawalan.
Ia menyebabkan kereta telah terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza ketika dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
“Selepas bedah siasat dilakukan, didapati mangsa yang parah pada bahagian dada.
Dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan HPM.
Manakala isterinya mengalami luka di bahagian kepala.
“Kes disiasat di bawah Sksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.
Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa), FB Nor Ainsya