Semasa

Slps Derma Buah Pnggang, Lelaki Sebak Teman Wanita Lari dan Khwin dgn Jejaka Lain

Lelaki Sedih Kekasih ‘Cabut’ Lari

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki tuIar di media sosial apabila dia meluahkan rasa kecewa dan sedih.

Ini apabila dia telah ditinggalkan teman wanitanya selepas sebulan dia mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu.

Lelaki Sedih Kekasih ‘Cabut’ Lari

Lelaki Sedih Kekasih ‘Cabut’ Lari

“Saya dermakan buah pinggang untuk ibunya dan dia tinggalkan saya. Sebulan kemudian, dia berkahwin dengan lelaki lain.”

Sementara di video lain, lelaki yg dikenali Uziel Martínez ini telah berbicara menggunakan bahasa Mexico mendakwa dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap bekas teman wanitanya itu.

“Sebenarnya saya baik-baik saja dari segi emosi, saya fikir begitu juga dia.

Saya dengan dia tidak ada apa-apa, kami mempunyai hubungan baik. Kami bukan kawan, tetapi kami juga tidak membenci antara satu sama lain”.

Video yang dikongsikan Uziel Martínez telah mendapat hampir 14 juta tontonan dan kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib yang dilalui lelaki ini.

Mereka tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Uziel Martínez.

Malah netizen berpendapat bahawa wanita terbabit pasti akan menyesal suatu hari nanti kerana telah meninggalkan seorang lelaki yang sangat baik dan ikhlas mencintainya.

Sumber: Daily Star, Mirror UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *