Semasa

Lelaki Berang Pmandu Van Sekolah CabuI, dan Sentuh Anak Gadisnya, Tapi Jwpn Sgt Biadap

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuan Amir Danau meluahkan rasa kesal terhadap seorang pemandu van sekolah yang didakwa mencabuI anak perempuannya.

Kisahnya bermula apabila anak perempuannya mengadu kepada si ibu dan meminta supaya abangnya menghantar dia ke sekolah.

“Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan.

First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.

Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku.

Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.

Dia bagi keychain ada nombor whatsapp dia. Dia kata nanti add lah.

Siap bagi air kotak. Dia janji esoknya nak bagi coklat cadbury pulak.”

Sekadar gambar hiasan

Berang dengan aduan tersebut, lelaki ini bertindak berjumpa dengan pemandu van tersebut bagi mendapatkan penjelasan atas apa yang menimpa anaknya.

“Malam tu jugak aku call sorang lagi driver ni yang kenalkan driver sorang ni ke kitorang.

Aku tanya pasal perangai driver ni, dia cakap dulu pun memang ada kes juga. Dengan ibu pada budak sekolah ni.

Dia whatsapp melebih-lebih. Dengan bini aku pun dia siap suruh video call bagai.”

Susulan daripada itu, lelak ini telah membuat laporan polis dan sempat memberikan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya anak mereka tidak menjadi mangsa keganasan seksval.

Tonton Video: Tuan Amir Danau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *