Semasa

Gara² Mebuat Onar Dengan Siput Babi, Lelaki Dihukum Penjara 3 Tahun, Denda RM100 Ribu

Seorang lelaki di Hong Kong telah ditahan pihak polis pada Isnin atas tuduhan berlaku kejam terhadap haiwan.

Ia selepas dia dilihat membunuh siput di sebuah air pancut di Tsim Sha Tsui, lapor portal Coconuts.

Polis menerima laporan pada 4 Ogos yang mendakwa bahawa seorang lelaki sedang menuangkan taburan garam ke atas haiwan itu di sebuah air pancut di luar East Ocean Center.

Namun ianya dilihat sebagai kejam kerana akan menyebabkan kesakitan yang melampau terhadap haiwan terbabit.

Susulan daripada itu, polis dilaporkan telah menahan lelaki berusia 26 tahun yang merupakan seorang pelajar doktor falsafah jurusan sains komputer di Tsim Sha Tsui pada Isnin malam.

Pihak polis telah membawa suspek ke rumahnya dan merampas pakaian yang dipakainya semasa melakukan jenayah tersebut.

Berdasarkan siasatan dari pihak polis, suspek akan didakwa dengan tuduhan membunuh tiga ekor siput dengan taburan garam.

Lelaki itu dilaporkan akan berhadapan dengan hukuman denda sebanyak HK$200,000 (RM109,012) dan tiga tahun penjara jika didapati bersalah di bawah kesalahan penganiayaan ke atas haiwan.

Sumber: coconuts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *