Semasa

Sedihnya, TuIar Video Seorang Nenek Berkaki Ayam Redah Lumpur Kejar Bantuan Makanan

lari berkaki ayam dalam lumpur

KISAH mengenai nasib seorang wanita warga emas berlari berkaki ayam.

Ini bagi mendapatkan bantuan daripada sukarelawan banjir di Mentakab, Pahang mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

lari berkaki ayam dalam lumpur

“Rumah kayu dia hancur musnah roboh akibat banjir, dekat sangat dengan sungai belakang rumah dia.

Tinggal bahagian depan rumah je yang masih tegak berdiri. Makcik redah air paras dada masa nak selamatkan diri haritu… tiada harta benda yang dapat diselamatkan.

“Apabila terfikir apa yang dia makan, macam mana dia tidur… memang boleh buatkan saya termenung.

Betapa jijiknya kita kalau masih nak merungut tentang erti susah,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur ini berharap agar lebih ramai sukarelawan masuk ke kawasan pedalaman seperti itu untuk menyalurkan bantuan.

“Tak banyak yang saya dan team mampu bantu, tapi hari ini dan hari seterusnya saya harap makin banyak bantuan akan hadir untuk mereka di sana.

“Masuklah ke dalam lorong-lorong kampung, mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan besar ataupun di sebelah bandar.

“Mereka tiada masa dan tak kuasa dipeningkan dengan kerenah nak mengisi borang, buat permohonan tunggu kelulusan dan sebagainya,” ujarnya.

Meninjau pada ruangan komen perkongsian Azhan, rakan selebriti dan netizen akui sebak mengenangkan nasib wanita berkenaan.

“Alhamdulillah Allah hantar team kalian untuk mereka, hanya Allah yang dapat membalas pada kalian semua.

“Apabila kita menolong orang susah atau di dalam kesusahan, baru kita kenal erti bersyukur.

Terima kasih abang @azhan_rani & team banyak menolong mangsa banjir yang sangat memerlukan.

“Semoga tuan dan seluruh team dapat keberkatan dalam usaha ini.

Meskipun di sini bukan kampung atau rumah saya, saya tetap ucapkan jutaan terima kasih,” kata beberapa netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *