Semasa

Sangat Menyedihkan Apabila TuIar Video Keadaan Sebenar BeIIa Semasa Dirawat “Tiap Malam Dia Akan..”

Kisah adik Bella yang menjadi mangsa dera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun tahun lalu sememangnya sangat menyentuh hati.

Disebabkan kes mahkamah masih berlangsung, banyak cerita baru yang muncul dari kandang saksi hingga membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia begitu sedih dan geram dengan tindakan pendera yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Menerusi perkongsian seorang jururawat yang berpeluang merawat Bella di dalam wad semasa dia dibawa ke hospital, wanita itu  memaklumkan yang kanak-kanak tersebut hampir setiap malam menjerit dan tidak lena tidur.

Video yang tular itu telah mebangkitkan kebimbangan dan kesedihan di kalangan netizen.

Dia juga tidak boleh mendengar bising dan perlu ditepuk sambil berzikir untuk memastikan kembali tenang serta tertidur semua.

Dalam perkongsian itu juga, Mizz Syaza menyatakan yang Bella merupakan anak yang baik dan suka membantu jururawat ketika di dalam wad walaupun ada ketika dia seakan takut-takut.

Jururawat itu turut berkongsi momen melayani kanak-kanak istimewa berkenaan kerana perasan yang dia amat memerlukan perhatian.

Sangat Menyedihkan Apabila TuIar Video Keadaan Sebenar BeIIa Semasa Dirawat 'Tiap Malam

Di kesempatan itu, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan insan-insan yang sentiasa menyokong dan mendoakan agar urusan kes perbicaraan untuk mendapatkan keadilan buat Bella berjalan dengan lancar.

Perkongsian yang dibuat oleh Mizz Syaza telah ditonton lebih dari dua juta viewers kurang daripada lima jam selepas dimuat naik.

Walau bagaimanpun, dia menjelaskan yang video berkenaan adalah video lama iaitu pengalamannya ketika menjaga Bella yang dirawat di hospital selepas ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan sewaktu di Rumah Bonda.

Sangat Menyedihkan Apabila TuIar Video Keadaan Sebenar BeIIa Semasa Dirawat 'Tiap Malam

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak melihat keadaan Bella selepas dia dimasukkan ke wad.

Mana tidaknya, perilaku yang ditunujukan kanak-kanak itu sangat berbeza berbanding ketika kali pertama ditemui dengan kesan kecederaan yang sangat teruk di seluruh anggota badan sehingga ia kelihatan sangat lemah.

Semoga keadilan untuk Bella segera ditegakkan. #justiceforbella.

Sumber: TikTok Mizz Syaza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *