Keluarga

Adik Ammar Zulhairy ‘Pergi’ Selepas 6 Bulan Akibat Dua Knser, Kisahnya Menjadi lnspirasi

SHAH ALAM – Ammar Zulhairy atau lebih dikenali sebagai adik Ammar yang menghidap dua knser pada Mac lalu disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang Sabtu.

Ammar yang baharu berusia empat bulan menderita dua kanser iaitu tvmor Maglinant Rabdhoid dan tvmor otak setelah menjalani pemeriksaan mesin pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan).

Menurut satu perkongsian Instagram milik ibunya pada Sabtu, Ammar dikhabarkan telah meninggal dunia di sisi ibu bapanya dalam keadaan yang sangat tenang.

“Assalamualaikum semua, anak kesayangan kami (our beloved) Ammar Zulhairy sudah pulang ke negeri abadi tepat jam 5.05 petang di samping mummy dan abi dengan sangat-sangat tenang.”

“Redha okay semua? Ammar sayang awak (love you) 3,000,” luahnya.

Pada 31 Mac lalu, doktor yang merawat Ammar memaklumkan bahawa tiada rawatan yang boleh dijalankan ke atasnya dan dia dijangka mempunyai enam bulan sahaja untuk hidup.

Doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumahnya dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.

Perkongsian ini telah menyebabkan kebanyakan netizen mendoakan semoga Baby Ammar ini cepat sembuh dan sihat suatu hari nanti.

Namun begitu, takdir telah menentukan segalanya. Pada 1 Mei 2021, ibu kepada Ammar, melaluinya Instagram-nya @ieraaqila telah berkongsi suatu kisah yang menyedihkan kita semua.

“Assalamualaikum semua, our beloved Ammar Bin Zulhairy sudah selamat pulang ke negeri abadi tepat pukul 5.05 petang disamping Mummy & Abi dengan sangat-sangat tenang.

Redha okay semua? Ammar love you, 3000

Lots of love.”

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat baby Ammar anak syurga ini, dan ucapan salam takziah pada ibu dan ayahnya.

Semoga berkat kesabaran ini Allah beri lebih kekuatan dalam hidup dan pasti akan jumpa kembali anak mereka.

Sumber Utusan, artikel disiarkan 17 May 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *