Hiburan

MeninggaI Dvnia Akibat Knser Tahap 4, Semoga Keluarga Kid Search Tabah Hadapi Dugaan

ISTERIĀ kepada pemain gital kumpulan rock Search, Kid iaitu Noraznin Yusof, 55, mninggal dunia akibat knser darah.

Arwah hembus nafas terakhir kira-kira pukul 5 pagi di Hospital Conselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Allahyarham menghidap knser darah tahap empat dan menjalani rawatan di Hospital Conselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Teras Jernang selepas Zohor.

Pada Julai lalu, Kid atau nama sebenar Hamzah Mohd Taib memberitahu Noraznin sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali.

Sejak akhir tahun lalu, HCTM bagai menjadi rumah kedua buat mereka sekeluarga dan Kid yang menetap di Bangi, berulang-alik ke hospital setiap hari atau selang sehari.

Berikutan ketika ini pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), HCTM mengenakan syarat ketat ke atas pelawat, Kid bergilir-gilir dengan dua anaknya untuk menjenguk isteri.

Selain berdepan ujian penyakit barah dan prosedur kemoterapi, tambah Kid, isterinya perlu menjalani pemindahan sum sum tulang yang dianggarkan membabitkan kos hampir RM60,000.

Kid dan Aznin memiliki dua anak di mana anak sulung mereka, Deanda sudah bekerja manakala anak bongsu, Aaqil Naquidean bersekolah di Tingkatan Lima.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *