Semasa

“Sakit KepaIa Baca..” – lbu Mangsa BasikaI Lajak Sedih Komen² Netizen MeIampau

Ramai Keluarga Mangsa Geng Basikal

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kema tian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada tuduhan berkenaan.’

Keluarga mangsa tragedi berdarah basikal lajak itu kebanyakkan lega apabila kes berkenaan akhirnya menemui noktah selepas menanti sekian lama.

Walaupun masih tidak dapat melupakan tragedi yang menyebabkan kesan trauma berpanjangan kepada keluarga, namun mereka reda dengan ketentuan takdir tuhan

Namun, itulah hakikatnya dan salah seorang ibu kepada mangsa, Nur Cahaya Amrul, 39 tahun redha dengan keputusan mahkamah.

Tetapi mendakwa naluri keibuannya terguris dengan komen negatif daripada netizen.

“Budak-budak itu (lapan mangsa basikal lajak), dia sudah ‘bayar’ kesalahan dengan nyawa. Kenapa warganet masih perlu menghukum kami?” jelas Nur Cahaya Amrul kepada Harian Metro.

Cahaya adalah ibu kepada Allahyarham Fauzan Halmijah, salah seorang daripada lapan remaja maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pada 18 Februari 2017.

“Hati saya terguris, semua komen negatif dikongsikan di Facebook (FB) memburuk-burukan orang tua (keluarga kepada mangsa kemalangan maut).

“Dari awal kes, orang menyalahkan orang tua dan kesan emosi tidak sehebat dulu kerana ketika itu saya tidak memiliki telefon bimbit.

“Tetapi, ketika ini, kenyataan mereka mengguris hati saya,” – Nur Cahaya.

Dia turut akui sudah dua tahun memendam perasaan sedih kerana pandangan sinis masyarakat sehingga terpaksa menunggu ibu bapa pelajar selesai mengambil anak mereka, barulah dia mengambil anaknya yang lain di sekolah.

Semuanya kerana untuk mengelak daripada soalan berulang yang mempersoalkan mengapa anak (arwah) berada di tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *