Semasa

“Kau dahlah hit*m, hati pun hit*m..” Hidayah yg Beli Velfire, Ali Puteh Pula yg Dicerca dgn Netizen

Meskipun semuanya sudah pun selesai, namun kemelut antara pelawak Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nur Hidayah masih menjadi bualan netizen.

Terbaru, Ali memuat naik komen kecaman yang diterima daripada netizen selepas Hidayah berkongsikan kejayaannya membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.

Individu itu bukan saja mengkritik tindakan Ali menjual kereta milik arwah abangnya malah turut melemparkan hinaan serta mempersendakan rupa fizikal pelawak itu.

Perkongsian Ali itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang kesal dengan tindakan individu tersebut.

Malah, ada yang memberikan kata-kata semangat kepada Ali supaya tabah serta tidak mempedulikan komen negatif berkenaan.

Baru-baru ini, Hidayah ada memuat naik gambar bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah sempena hari raya Aidiladha.

Meskipun bergelar ibu tunggal, namun ianya tidak mematahkan semangat isteri kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah untuk berjaya dalam perniagaan.

Lebih manis, berkat usahanya menjual cempedak dan menjalankan perniagaan produk kecantikan, Hidayah berjaya memiliki semula kereta jenis Toyota Vellfire.

Hidayah dilihat ada membalas komen pengikutnya bahawa itu adalah hasil kerja keras dalam mencari rezeki selepas pemergian suaminya.

Dalam pada itu ada yang tumpang gembira dengan pencapaian Hidayah itu yang akhirnya dapat membeli sendiri kereta tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *