Hiburan

Video: “Anak Masih Belum Tahu..” Luahan Hati Shuib Semasa di Tanah Perkvburan Mengundang Sebak

Kuala Lumpur: Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui.

Ini apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.

Suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah.

Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya?

Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan arwah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda jika arwah dijemput Allah ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital Jumaat lalu.

“Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari.

Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seksaan kubur.

“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu.

Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga,” katanya.

Selamat Dikebvmikan

Jenazah penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, 1.20 tengah hari ini.

Suami Allahyarham, Shuib yang juga pelakon dan pelawak popular dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed mengiringi jenazah sehingga ke liang lahad dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Urusan tayamum dan solat jenazah pula diuruskan pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) kira-kira jam 10 pagi.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013.

Ia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis, media serta peminat.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Luahan Shuib Meruntun Jiwa

“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu.

Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya.

“Saya belum memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibu mereka kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Video:

Tambah Shuib lagi, dia bersyukur apabila Allahyarham isterinya dapat dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibu mentuanya.

“Pada awalnya saya tak pasti sama ada urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi sama arwah ibunya.

Tapi sebaik tiba di sini, Alhamdulillah pihak hospital membenarkan jenazah isteri untuk dikebumikan di sana.

“Entah kenapa saya terasa lokasi itu adalah tempat terbaik untuk arwah isteri saya,” katanya.

Difahamkan jenazah Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 12 tengah hari dan urusan tayamum serta solat jenazah diuruskan oleh pihak hospital.

“Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendedahkan kebaikan yang dimiliki oleh Allahyarhamah.

Dedah UEL, Sarah begitu prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story milik UEL, Sarah sebelum ini kerap kali bertanya kepadanya mengenai pemberian bantuan.

Ini termasuklah hasrat Sarah untuk membayarkan sewa beberapa kediaman golongan miskin yang pernah diuruskan UEL.

Bukan itu sahaja, Sarah juga ingin membayarkan yuran pengajian anak-anak yatim yang beliau sekolahkan.

“Siti Sarah banyak kali tanya pada sayaingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya pernah uruskan dan anak yatim yang saya sekolahkan,” tulis UEL.

Tambahnya lagi, semestinya pemergian Sarah pada pagi ini membuatkan beliau berasa sedih namun dugaan ini adalah tanda bahawa Allah SWT sayang kepada hamba-Nya.

UEL juga dilihat sempat menitipkan doa buat Shuib dan anak-anak agar disatukan di syurga kekal abadi kelak.

“Ya Allah sedihnya rasa. InsyaAllah @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga firdaus”

“Patut pun pemergiannya di ratapi seluruh rakyat malaysia yg tak kenal dia pun rasa sedih rupanya amalan arwah ni luar biasa.

Semoga arwah ditempatkan bersama org beriman dan ditempatkan di Surga tertinggi…Aamiin” – Netizen

انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
. ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALMARHUMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *