Semasa

Ibubapa yg Biarkan Kanak² Tunjuk Jari Tengah Kpd Peniaga Pasar Malam Gara² Kena Tegur Akhirnya Menerima Padah

APA saja telatah dan ragam kanak-kanak tentunya kelihatan comel dan mencuit hati.

Namun tidak untuk seorang budak lelaki yang dirakamkan menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang peniaga, dipercayai berlaku di sebuah pasar malam.

Bukan satu, tapi kedua-dua tangannya diangkat sambil memperlihatkan jari tengah kepada peniaga wanita itu.

Kanak-kanak tunjuk jri tengah

Kanak-kanak tunjuk jri tengah

Perkongsian video di laman Twitter menimbulkan pelbagai reaksi.

Malah aksi kanak-kanak itu yang begitu berani melakukan perbuatan itu di tempat awam membangkitkan kemarahan ramai.

Tak kurang juga yang mengaitkannya dengan didikan ibu bapa, sesuai dengan peribahasa ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

“Bila orang gelak-gelak, lagi budak tu suka buat. Jangan gelak kalau budak buat salah. nanti dia ingat benda tu bukan satu benda buruk.”

“Budak tu tak salah. Yang salah orang yang di sekelilingnya yang tak membetulkan budak tu. Budak-budak umpama kain putih, mak ayah yang mencorakkannya.”

“Ini tidak kelakar langsung. Kalau dah mak dia gelak macam tu, macam dah biasa buat je.

Sebab kalau tak, rasanya setiap ibu yang normal akan marah kot? Nampak sangat dia pun biasa buat ke apa sampai budak tu ikut.

Kanak-kanak tunjuk jri tengah

Antara komen netizen.

“Sepatutnya ajar budak tu, bukannya gelakkan budak tu. Lepas tu bila dah besar budak tu jadi samseng.

Sebab tu kita kena ajar dari kecil, bukannya dah besar baru nak ajar budak tu,” demikian antara komen netizen.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @aaygx itu diulang kicau lebih 5,500 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *