Semasa

Mengatakan Kebanyakkan Penggunanya yg ‘Menderhaka’, Akhirnya Ini yg Berlaku Kpd Inai Neelofa

Kecoh betul sekarang ni tentang Innai NunHa keluaran Neelofa ni. Ini selepas ada yang meluahkan rasa kecewa mereka dan mendakwa warna inai yang terhasil tidak seperti yang digambarkan dalam iklan.

“Nampak macam lebam tersepit pintu pun ada.” 

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menunjukkan kuku mereka tidak ‘menjadi’ apabila memakai inai tersebut.

Malah, segelintir netizen juga mengatakan cara pemakaian inai tersebut di jari sedikit rumit dan penuh dengan pantang larang.

Namun begitu, segelintir netizen yang mengikuti cara pemakaian dan pantang larang produk tersebut berpuas hati dengan hasilnya.

Bagi mereka yang berjaya menggunakan inai tersebut dan hasilnya cantik, mereka turut berkongsi cara betul pemakaian produk terbabit.

Tak berdiam diri, Neelofa dalam satu video mengatakan perkara itu terjadi kerana mereka menderhaka dan langgar pantang Innai NunHa.

“Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions, pantang larang, derhaka ukuran air, derhaka semua.

Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka.”

Neelofa turut meluahkan rasa kecewa bila ada orang sengaja ingin memburuk-burukkan produknya.

Dia menganggap apa yang berlaku ini kerana mahu menutup periuk nasi seseorang.

“Lepas tu upload video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain.

Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik. Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki.

Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul.”

Ohmedia tak dapat nak komen lebih sebab tak cuba pun lagi pakai inai Neelofa ni.

Apapun, kalau betul ada masalah tentang inai tu boleh lapor terus ke Neelofa atau team diorang dulu kot sebelum kasi viral.

Kredit: Twitter | TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *