Semasa

Geram Berkali² Diejek ManduI Oleh Suaminya Sendiri, Akhirnya Isteri HamiI Jua Tapi Dgn Lelaki Lain

Memang tidak dapat dinafikan setiap pasangan suami isteri ada dugaan mereka tersendiri dalam memastikan kehidupan bahagia dan kekal hingga akhir hayat.

Macam baru-baru ini tersebar satu perkongsian di Twitter dari seorang pakai perubatan yang mendedahkan terdapat seorang wanita bergelar isteri datang untuk menggugurkan kandungan hasil hubungan terlarang dengan lelaki lain.

Perkongsian tersebut telah mengejutkan netizen, rata-rata mereka meluahkan rasa kekesalan.

Suami tuduh isteri mandul

Difahamkan, wanita itu sudah berkahwin selama lima tahun dan dituduh mandul oleh suaminya kerana masih lagi gagal mempunyai cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Cerita individu itu lagi, suami wanita itu juga tidak pernah ikut melakukan pemeriksaan kesihatan dan kesuburan.

Berikutan cemuhan yang diterima setiap hari oleh suaminya, wanita itu kemudian membuat keputusan di luar jangkaan apabila dia menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga hamil.

Tidak mahu wanita itu gugurkan bayi..

Namun begitu, pakar perubatan tersebut enggan menggugurkan kandungan tersebut kerana tiada masalah kesihatan dan merujuk wanita berkenaan kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya.

“Maaf, tiada sebab untuk digugurkan. Mereka dirujuk kepada kaunselor untuk cari jalan penyelesaian.

Sy pernah diminta utk gugurkan kandungan. Seorg wanita 32 thn yg sudah 5 thn kahwin tanpa zuriat, akhirnya mengandung tp dgn benih lelaki lain, tanpa suami mengetahuinya.

Ini kerana dia tertekan sbb dituduh mandul, sdgkan si suami tak pernah jalani pemeriksaan.

Kredit: TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *