Semasa

Netizen Perasan Sesuatu Pada Raut Wajah DSV, Dakwa Iqbal Cuba Calit Minyak Dagu

Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli dilihat mendekati Datuk Seri Vida ketika konsert akhir Big Stage pada Ahad lalu.

Menerusi video berkenaan, Vida dilihat tidak selesa apabila Iqbal menghampirinya. Malah, ada netizen mendakwa Iqbal cuba mencalit minyak pengasih pada Vida.

Memuat naik video di Insta Story menjawab tuduhan tersebut, Iqbal menyifatkan ianya perkara lucu serta sebagai satu fitnah.

Dan keturunan saya tak ada main benda itu. Tapi tak apa, saya tak kisah pun, teruskanlah saya tak simpan dalam hati pun,” katanya.

Manakala, ada di antara netizen mula perasan sesuatu.

Menjelaskan mengenai pertempuan itu, Iqbal berkata dia sebenarnya mahu bergambar dengan Vida.

Serta mahu menunjukkan cincin pemberian bekas kekasihnya itu namun permintaannya itu ditolak.

Sementara itu, Iqbal turut memuat naik komen mengatakan dia mengejar Vida ketika bekas kekasihnya itu mahu pulang.

Iqbal berkata dia sanggup menebalkan muka utnuk mengejar Vida kerana ingin meleraikan kemelut antara mereka.

Namun bukan mahu kerana mengejar populariti seperti yang didakwa.

ada netizen mendakwa Iqbal cuba mencalit

“Ini kenyataan daripada PA DSV. Tak mengapalah saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya.

“Tak mengapa orang tertawakan saya. Saya cuma mahu leraikan krisis. Apakah kerana saya sendu?

Tidak sama sekali. Hakikatnya setiap hari saya terlibat dengan empat program TV. Drama pun dapat tiga tawaran sekarang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *