Hiburan

Iqbal nk Parking Kereta Mewah RM1 Juta Betul² Depan Muka, Sekali Ini Respon Michael Ang

Bengang selepas penerbit dan pengarah Michael Ang yang mendakwanya sengaja mencipta kontroversi, usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli tampil mempertahankan dirinya.

Menurut Iqbal, sebolehnya dia tidak mahu menunjuk, namun disebabkan geram dengan kenyataan Michael itu dia mahu ‘parking’ kereta mewah RM1 juta miliknya di depan muka pengarah tersebut.

“Baca statement saya tu betul-betul mengenai kenyataan tak suka kereta sporty tu.

Jika hina sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh saja tunjuk kereta yang saya bawa pergi pasar RM1 juta yang saya beli tu.”

Iqbal Kaki Belit & Delusi, Michael Ang Suruh Jumpa

“Ramai sangat hina fasal kereta terutama kereta Axia yang saya post di Instagram… kereta Axia tu saya beli secara tunai untuk kegunaan adik-adik saya.

“Cuma saya masih belum tunjuk lagi kereta mewah saya beli tu, kalau nak tahu harga nombor plat sahaja dah sama sebuah Civic…

Geram sangat bila dengar statement dia tu, rasa nak pergi parking kereta depan muka dia. Inilah punca yang membuatkan saya terpaksa tunjuk segalanya,” katanya.

Sebelum ini, menerusi sesi Live dengan Datuk Seri Vida, Michael mempertikaikan kenyataan Iqbal mengenai kereta yang dipakai oleh usahawan sensasi itu.

“Kau cakap tak serupa bikin… sekejap kau kata kau tak suka kereta walaupun kaya tapi pakai Honda, tiba-tiba cakap kereta idaman Bentley RM3 juta.

Apa kau propa? Kalau nak kaya buat cara kaya betul bukan kaya imaginasi,” soal Michael.

Malah, pengarah itu turut menuduh Iqbal propa mengenai bajet RM500,000 untuk menghasilkan lagu terbaru serta mengkritik suara Iqbal tidak boleh pergi jauh.

“Berlakon pun tak boleh, nak menyanyi RM500,000… propa je! Orang bahalol mana nak bayar RM500,000, gila ke apa?

“Sorry la menyanyi. Suara macam pondan pencen pun nak menyanyi ke? Suara dia kan kepit macam pondan pencen. Suara macam tu (pergi) ke mana pun tak sedap mana,” kata Michael.

Terkesan dengan kenyataan Michael itu, Iqbal berkata dia mahu menyanyi bukan untuk bersaing dalam mana-mana pertandingan namun dia akan buktikan suaranya tak ‘kepit’.

“Saya menghormati Michael sebab itu saya tak langsung menjawab makian dari awal sehinggalah viral. Dengan rasa hormat, saya hanya mahu Michael hormati saya juga sebagai budak bersuara pondan kepit yang dikatakan.

“Berikan saya peluang walaupun saya sedar saya bukan penyanyi dan bukan nak bertanding dalam anugerah lagu. Biarlah dia nak kata apa pun, saya akan buktikan suara saya tak kepit. Tunggu lagu itu keluar nanti,” ujarnya

“The truth will be told! Simpan propa dan kebodohan itu. Shut up dan pergi cari orang lain untuk viralkan diri sendiri.”

Didakwa mengaitkan nama Iqbal berulang kali, Michael menyatakan dia hanya menyebut sekali sahaja bersama Vida sebelum ini.

Justeru, dia memohon agar Iqbal berhenti memutar belit cerita dan seterusnya mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan.

“Kau dah parah ni. Are u disillusional ke apa? Baik pergi jumpa doktor sakit jiwa! Or you are just plain dumb?

Berhari aku cakap pasal kau? Kau duduk bumi mana eh? Kau memang kaki belit la! Aku cakap pasal kau sekali aje masa live dengan Datuk Vida! Berpenyakit rupanya kau ni!”

Sebelum ini, ketika siaran langsung IG, Michael mempertikaikan beberapa kenyataan bercanggah dari Iqbal.

Antaranya mengenai kereta yang dipakai dan sanggup mengeluarkan bajet sebanyak RM500,000 untuk penghasilan lagu.

OBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *