Semasa

“Kroni masjid bolot habis..” Org Kampung ni Akhirnya Dedah Kenapa Ramai Bosan nak Lapah Daging Korban

DI sebalik kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha, seorang pelayar Twitter berkongsi kisah kurang enak mengenai ibadah korban yang dijalankan di negara ini.

Menerusi satu ciapan yang dibuat pada Isnin pagi, lelaki dikenali sebagai Khairul Azri mendakwa wujud kes agihan daging korban yang dibuat secara tidak adil.

“Nak tahu susah ke tidak pegang amanah ni, boleh jemput turun aktiviti time korban, scene sorok ekor lembu masuk dalam plastik, berebut kepala lembu, tulang gearbox letak tepi, timbang lebihkan Ahli Jawatan Kuasa (baca kroni) tu benda biasa.

Individu dedh kenapa ramai serik

Individu dedh kenapa ramai serik

“Betul semalam ada yang bawa lari kaki lembu,” tulis beberapa netizen.

Nak tahu susah ke tidak pegang amanah ni, boleh jemput turun aktiviti time korban.

Selain itu, beberapa netizen berkata mereka serik untuk melakukan ibadah korban yang diselia pihak masjid atau surau.

“Agree! Disebabkan itulah aku and family kalau nak buat korban, tumbangkan dekat rumah sendiri. Tak masuk yang masjid punya or letak masjid.

“Malam kelmarin lepas takbir, ketua korban taman aku dah warning awal-awal pasal isu ni. Siap pesan, nawaitu korban dan sedekah kena ikhlas dari hati, bukan niat ikut perut tekak sendiri.

Ada dalam kalangan netizen menolak untuk melakukan ibadah korban dengan pihak masjid. (Gambar Hiasan)

“So true! Belum masuk bab bagi pandangan sinis pada volunteers yang jarang-jarang datang surau atau masjid. Macamlah dia regular datang surau dan masjid tu dijanjikan syurga tanpa hisab dah!

“Kakaka betul. Kampung aku tahun ni penduduk serik dah buat korban dengan masjid. Masing-masing yang mampu buat sendiri dan agih sendiri.

“Betul sangat. Saya prefer buat korban sendiri dari join surau. Puas hati,” tulis beberapa netizen lagi.

Untuk rekod, umat Islam di Malaysia meraikan Aidiladha pada Ahad, 10 Julai 2022.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *