Semasa

Hadir ke Bkt Aman, Ebit Lew Selesai Beri Keterangan Slps Terkait dgn SkandaI Video Lvcah

PETALING JAYA: Siasatan membabitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew akan diteruskan sehingga berpuas hati sebelum kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan dilakukan di bawah eksyen 509 Kanun Kesksaan.

Sksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Sksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru kata beliau, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes itu dapat disiasat dengan telus.

“Polis mengesahkan telah merakam keterangan Ebit Lew berhubung kes gangguan sksual.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ebit Lew pagi ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya sebagai fiitnah yang kejam dan melampau.

peguam Ebit Liew, Datuk Hasnal Rezua Merican yang menegaskan setakat ini polis ada menyatakan beberapa sksyen untuk siasatan kes berkenaan.

Namun belum memberikan sksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya

Ebit Lew Sahkan Dirinya Dipanggil

Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman selepas kira-kira satu jam memberi keterangan kepada pihak polis.

Menurut Ebit Lew, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan sksual.

“Saya bekerjasama dan serahkan kepada pihak polis terhadap fiitnah dan tuduhan melampau ini,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Ustaz Ebit Lew menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fiitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Fiitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya disini hari ini.

Menurut beliau, apa yang berlaku terhadpa dirinya ini membuatkannya semakin bersemangat untuk membantu golongan yang susah.

Akan Teruskan Perjuangan

“Ini Semua Propaganda Jatuhkan Ust..”

“Semoga ust tabah hadapi dugaan ini..”

“Jangan risau, biarkan je polis yang jalankan kerja..”

“Kalau betul, kesian kepada mngsa kan..”

Akan Teruskan Kebaikkan

“Saya akan teruskan kebaikan ini sampai bila-bila, sampai mati,” katanya

“Saya selalu cakap, hidup ini satu tujuan, Allah Sayang semua”.

Itu yang diperkatakan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika ditemui di luar Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dakwaan gangguan sksual.

Menurut beliau, sesiapa sahaja yang berbuat salah kepadanya, itulah yang akan dimaafkannya.

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *