Semasa

Tragedi Banjir di Baling, Mayat Wanita Hamil dan lbu Mertua Ditemui Berpelukan di Bawah Timbunan Pokok

Mayat wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam di Kampung Iboi, Kupang, Kedah ditemui pada 9.30 pagi tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang turut dihanyutkan arus deras.

Identiti mangsa dikenali Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu bersama ibu mertua, Salmah Mat Akib, 53.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, mayat seorang lagi ahli keluarga mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemui sekitar 11.55 pagi tadi.

Terdahulu, suami kepada Salmah, Abd Rahman Said, 71, berkata tiga sekeluarga itu dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras, petang semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Nurul Anis sempat menelefon untuk memaklumkan paras air yang semakin naik di kawasan rumah mereka.

Tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *