Keluarga

Ibu Koma Selepas Sebulan Bersalin Anak ke-3 Akhirnya MninggaI Dvnia Di Sisi Suami

KUALA TERENGGANU – Ibu kepada tiga cahaya mata yang koma selepas sebulan melahirkan anak ketiga meninggal dunia pada Khamis.

Marihah Husin, 35, yang juga warga Kemboja menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi selepas mengalami kesukaran bernafas.

Suaminya, Hussain Muddasar, 34, berkata, dia menguruskan isteri termasuk menukar lampin kira-kira jam 8 pagi sebelum dilihat sukar bernafas kira-kira jam 10 pagi.

“Saya terus menelefon ambulans tetapi dia meninggal dunia sebelum ambulans tiba,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Ibu kepada tiga cahaya mata

Allahyarham Marihah sebelum ini mengalami koma selama tiga bulan selepas terjatuh di dapur kira-kira jam 3 pagi ketika mahu menyediakan susu untuk anaknya.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Manir, di sini Khamis lalu.

Sementara itu, Hussain yang juga warga Pakistan berkata, dia akan terus berusaha menjaga dan membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri.

Walaupun ada yang meminta kebenaran untuk menjadikan anak bongsunya yang berusia empat bulan sebagai anak angkat.

Ibu kepada tiga cahaya mataIbu kepada tiga cahaya mata

“Saya ingin membesarkan mereka sendiri. Sebolehnya saya tidak mahu memisahkan mereka bertiga. Biarlah membesar bersama-sama,” katanya.

Hussain turut menyatakan hasrat untuk berpindah berdekatan kediaman saudara isterinya kerana bimbang tiada siapa menjaga anaknya.

Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan dua lagi sahaya mata berusia lima dan tiga tahun.

Sumber Kosmo, Artikel diterbitkan pada 7 Feb 2021 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

انا لله وانا اليه راجعون.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

. ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *