Semasa

“Hari² kau nyusahkan aku..” Herdikkan dan Makian Ibu Sentiasa Membuatkan Along Terus Dipinggirkan, Sehinggalah..

Kenapa tak terus terang je dengan mak kau je long,sebak aku

Semoga perkongsian ini menginsafkan semua pihak yang tidak memahami jiwa remaja yang dilihat bermasalah. Sedarlah bahawa ada remaja yang ingin melakukan perubahan.

Mereka juga ingin disanjungi dan diberi kesempatan membuktikan mereka adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain terutama ibubapa dan keluarga.

Berilah mereka peluang kerana mereka juga ada perasaan, ada cita-cita dan harapan.

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergduh! Bergduh! Bergduh! Kenapa kau degil sangat ni?

Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?” Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun.

“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah.

Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?” Leter ibu lagi.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Along menjerit keskitan. “Skit bu, skit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi. Bu, jangan pukul bu..skit bu..”

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau skit ye, kau bergduh kat sekolah tak rasa skit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu.

“Bu, ampunkan Along bu, bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, skit bu..!!”.

Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.

Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. “Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan.

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”.

Ibu Cakap Along Anak Yang MenyusahkanIbu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas” Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.

Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.

Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu.

Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?” soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu.

“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!” pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.

Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur.

Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

“Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”. Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.

Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka.

Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau.

Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok.

Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sudah lebih 10 hari Along bekerja di situ.

Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

“Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?” Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?”.

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.

Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergduh dengan parents?”. Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.

Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

“Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?”. Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada!” Jawab Along pendek. “Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?”.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

“Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah, terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”. Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe” Kata Along lagi.

“Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”. Soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju”.

Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan Ibu Cakap Along Anak Yang Menyusahkan

“Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!”. Pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?”. Soal Fariz ingin tahu.

“Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”. Terang Along. “Abang Joe mana ni?”. “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”. Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”

“Hari ni laa..” Balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?”
“Bukan, minggu depan”
“Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?” Soal Fariz lagi.
“Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.

Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya.

Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. Terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya.

Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu.

Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya.

Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu.

“Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu” Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa keskitannya sudah tidak tertahan lagi.

Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi.

Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Si ibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula.

Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergduhan tu makcik”. Fariz mula menceritakan peristiwa yang terjadi.

“Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh.

Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya”.

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan.

“Sebab Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh skit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima.

Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital skit jiwa semula”. Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya.

Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu….UNTUKMU IBU!”

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi si ibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, si ibu tenang semula.

Di dalam hatinya siibu berkata “Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.

Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!”.. Semoga Along bahagia di alam sana.

Tamat..

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *