Hiburan

Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya

MASIH bersedih dan rasa kehilangan, pelawak Shuib Sepahtu memuat naik sebuah video nyanyian terakhir isterinya Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di saluran YouTube awal pagi Jumaat.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, arwah sambil bertelekung menyanyikan lagu berjudul Tanpa Kekasihku yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Seperti biasa, Allahyarham menyanyikan lagu berkenaan dengan penuh emosi.

“Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib mengiringi perkongsian berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, Shuib berkata, nyanyian Allahyarham sangat berbeza seolah-olah ingin cuba menyampaikan sesuatu.

Ibu balik jumpa matin

Komen Shuib di video lagu berkenaan.

“Assalammualaikum semua… sengaja saya kongsikan video ini sebab saya takut video ni hilang dari simpanan. Jadi saya abadikan di dalam Channel ini.

“Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai lalu.

Arwah yang beria-ria minta saya record dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini.

Saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain cara pandangannya, cara nyanyiannya.

Cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat-sangat istimewa.

“Bila di amati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan… InsyaAllah arwah kini tenang di syurga,” katanya.

Lagu terakhir nyanyian bidadari ku, 28 Julai 2021

SHUIB SEPAHTU

Sehingga kini video yang dimuat naik kira-kira pukul 2 pagi Jumaat itu menerima lebih 100,000 tontonan dan 1,000 komen.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan nyanyian arwah apabila lirik lagu tersebut seolah-olah ditujukan buat suaminya.

“Biar semua tahu kematian tak mengakhiri cinta”

“Apalah erti hidup tanpa kekasihku. Percuma ku ada di sini”

“Pukul 2 pagi abang Shuib post video ni. Walaupun tak berada di tempat abang Shuib tapi saya faham jauh di sudut hatinya sakit.

“Semoga abang Shuib dan keluarga diberikan ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya… Allah rindu,” ujar seorang netizen.

Ibu balik jumpa matin

IBU datang… balik rumah bawa Ayash.

Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun.

“Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu.

“Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arwah) tak dapat-dapat.

“Matin cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Ibu balik jumpa matin

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahyarham Siti Sarah.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah Siti Sarah pada Khamis malam.

Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia.

“Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia

SHUIB SEPAHTU

“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.

Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arwah isterinya.

“Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan arwh pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.

“Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,”

Demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.

Ibu balik jumpa matin

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya Matin Beritahu lbu Balik Bawa Ayash, Tapi Diam Je, Rupanya Ini yg Berlaku Sebenarnya

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *