Semasa

Siti Nur Athhiya yang Hilang Ketika Menghadiri Open House, Akhirnya Ditemui Meninggal Akibat Lemas

Hilang ketika open house

Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di rumah rakit milik bapanya di Bukit Rangin, Kuantan sejak Jumaat ditemukan lemas di sungai berhampiran kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Menurut laporan Utusan Online, mangsa Siti Nur Athhiya Sofea Muhammad Sukri yang berusia tiga tahun ditemukan anggota Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi rumah rakit tersebut.

Hilang ketika open house

Kejadian ini telah menimbulkan kerisauan dikalangan netizen. Rata-rata mereka mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.

“Dah takdirnya begitu..”

“Anak syurga..”

Ditemui dalam keadaan sempurna

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa ditemukan timbul di permukaan air itu masih dalam keadaan sempurna.

“Operasi hari ini menumpukan pencarian secara ‘surface searching’ setelah melewati 36 jam dari masa kejadian selain melakukan beberapa kali selaman untuk mencari mangsa.

“Mangsa dijumpai  bomba dengan bantuan beberapa agensi lain sejauh 1.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang mesra dipanggil Tia itu dikhuatiri lemas ketika mereka sekeluarga sedang mengadakan sambutan hari raya di lokasi berkenaan.

Selain itu, kelihatan juga foto ibu mangsa Rita Iderawati Daud yang terduduk hiba sebaik mengecam mayat anaknya di depan mata. Salam takziah diucapkan!

Sumber: Utusan Online (Diana Surya Abd Wahab)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *