Hiburan

Bikin Cerita Tak Betul, Sepupu Sajat Akan Samaan Harith Iskandar Sbb Perkara Ini

Temu bual yang dilakukan oleh selebriti Harith Iskander dengan usahawan kontroversi Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sememangnya masih hangat dibualkan oleh warganet.

Dalam temu bual yang bersiaran langsung di Facebook selebriti berkenaan, Sajat ada menceritakan kronologi yang terjadi dalam hidupnya.

Ia berhubung beberapa isu sehingga dia mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara.

Walau bagaimanapun, dalam temubual bersama usahawan trangender itu, ada pihak yang kurang setuju dengan pendedahan yang dibuat oleh Sajat.

Menurutnya, Sajat telah memutar belitkan fakta dan menjelaskan isu mahkamah berkaitan kes penipuan dengan cara yang salah.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh sepupunya iaitu Nurnilam Sari di laman Facebook. Dia yang dikatakan menjadi ‘mangsa’ kes yang melibatkan Sajat.

Dia telah tampil membangkang apa yang diperkatakan oleh usahawan itu.

Sepupu Sajat nakHarith Iskander, anggap temu bual berat sebelah

Sepupu Sajat nakHarith Iskander, anggap temu bual berat sebelah

Tak hanya itu,  Nurnilam Sari dan seorang lagi individu yang terlibat dalam kes penipuan yang dilakukan Sajat dikenali sebagai Nurwati Husin.

Dia bercadang untuk menyaman Harith Iskander berhubung temubual yang dianggap berat sebelah.

Sepupu Sajat nakHarith Iskander, anggap temu bual berat sebelah

Sepupu Sajat nakHarith Iskander, anggap temu bual berat sebelah

Walau bagaimanapun, Harith Iskander menerusi laman Facebooknya telah menulis bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu.

Dia cuma mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Sajat dari mulutnya sendiri tanpa perlu percaya 100% apa yang diucapkan.

Sepupu Sajat nakHarith Iskander, anggap temu bual berat sebelah

Terdahulu, temubual selebriti berkenaan dengan usahawan kontroversi tersebut telah mencetuskan ‘gosip’ baru.

Ia apabila Sajat secara terang-terangan mengaku bahawa dirinya adalah seorang transgender.

Dalam temubual itu juga, dia ada menceritakan berkenaan kes mahkamah yang dilaluinya dimana dia kalah salam kes saman tersebut dan perlu membayar ratusan ribu ringgit.

Sumber: Facebook Harith IskanderZayed ZulfikriNurnilam Sari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *