Hari Pertama Hantar Anak Dekat Pengasuh, Badan Dah
Keluarga

Baru Hari Pertama Hntar Anak Dekat Pengasuh, Badan Dah Lebam², Rupanya ini Berlaku

Hari Pertama Hantar Anak Dekat Pengasuh, Badan Dah

Seorang wanita dikenali sebagai Hazirah Khairi menerusi kumpulan Khidmat Pengasuh Shah Alam di laman Facebook, tampil ‘meluahkan’ apa yang terjadi kepada anaknya.

Menerusi dua keping foto yang dikongsi terdapat kesan seperti lebam pada bahagian lengan anaknya.

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini menceritakan itu merupakan hari pertama anaknya dihantar kepada pengasuh.

Namun, berikutan rasa tidak ‘sedap hati’ dia dengan suaminya bertindak mengambil semula anaknya pada pukul 1 petang.

“Salam semua. Saya nak tanya pendapat korang rasa ni sebab apa?

Dah buat report polis & dah pergi Hospital Shah Alam. Hospital government dia ada unit khas untuk kes-kes macam ini, nama dia One Stop Crisis Centre (OSCC).

Doktor dah check baby dan cadang buat report. Sekarang polis tengah siasat lagi.”

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa pengasuh tersebut seolah-olah play vitcim dengan apa yang telah terjadi.

Dan dia turut menceritakan telah mendapat nombor pengasuh berkenaan daripada kumpulan Khidmat Pengasuh Shah Alam di Facebook

“Saya malas nak cerita panjang-panjang di sini.Tak nak ganggu siasatan polis. Tengah tunggu polis update lagi. Pengasuh? Play victim & petik butang agama.

Ada yang tanya macam mana saya tau ada something fishy?

Pengasuh tak habis-habis WhatsApp mengadu baby nangis non-stop. Biasa lah 1st day kan lagipun baby PKP pula.

“Menerusi tangkap layar tersebut, pengasuh berkenaan menceritakan alternatif yang dilakukan olehnya berikutan tindakan bayi tersebut yang ‘meragam’.

Pada masa yang sama, pengasuh ini juga meminta supaya mereka menceritakan hasil laporan daripada pihak doktor.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respon daripada netizen yang risau terhadap keadaan bayi itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa itu merupakan kesan seperti telah dicubit ataupun dipukul dengan menggunakan objek.

Sumber: Hazirah Khairi via Khidmat Pengasuh Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *