Dunia

Dikatakan Hanya Memilih DAR4H Hafiz al-Quran Sbg Penderma, Kenyataan Ust Yusof Mengejutkan Netizen

Kenyataan seorang pendakwah terkemuka, ustaz Yusof Mansur berasa bersyukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah kepadanya.

Namunianya hangat diperkatakan netizen, lapor laman Suara.com semalam.

Kenyataan tersebut yang dimuat naik ustaz Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya menyebabkan dia dituduh sebagai sombong dan memilih.

Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.

Dalam hantarannya, ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 orang hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya.

Dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid yang merupakan seorang penderma darah dari  Maghribi.

Ini Tujuan Ust Memilih Daraah Hafiz

Hanya Seorang pelajar sahaja dipilih

Netizen luah tidak puas hati

Doktor yg rawat taknak pilih ke

Campurkan dengan darah sirap

Menerusi Instagramnya, pendakwah itu memuat naik video dirinya yang sedang terbaring dan memaklumkan tentang keadaan kesihatannya.

“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.

“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa.

Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih,” katanya.

Netizen rata-ratanya meninggalkan komen dengan mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kaedah ‘pemilihan’ penderma yang dibuat ustaz itu.

“Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman,” tulis seorang netizen.

“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa.

Namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *