Semasa

Hanya Mampu Genggam Tangan, Bertentang Mata Shg Habis Nyawa, lsteri ‘Pergi’ Bersama Kandungan

Tidak sempat menimang cahayamata kedua, lstri pergi selamanya bersama bayi dlm kandungan

Pontian: Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.

Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli, 33, sempat melihat Farha, 34, bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya.

Kini, hanya anaknya, Falisha yang berusia setahun empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli, malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu kepada puteri sulungnya itu.

Hanya Mampu Genggam Tangan

Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan Hanya Mampu Genggam Tangan

Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa Farha bersama Falisha ke Hospital Pontian namun, takdir Allah SWT menetapkan wanita kesayangan itu meninggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.

“Saya masih ingat lagi, saya genggam tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital dan pada mulanya genggaman itu kuat.

“Lama kelamaan, tangannya jadi sejuk dan saya tahu ketika itu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk pengesahan.

“Semuanya terjadi begitu pantas malah isteri tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dalam kesakitan yang teramat,” katanya yang memberitahu isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pengkalan Raja di sini, kira-kira 6 petang Jumaat.

Hanya Mampu Genggam Tangan

Menurutnya, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilangannya sangat dirasai, malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.

“Sebelum ini kami bertiga dan bakal menimang anak yang mana kandungan isteri sudah cukup sifat. Kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” katanya yang menetap sementara di rumah mentua di sini.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *