Hiburan

Inginkan Nama Ank Prmpuan Brmula Huruf A dan H, Netizen Cadangkan Nama Ini kpd Atta Halilintar

HAMPIR menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, YouTuber Atta Halilintar mula bingung memikirkan nama untuk buah hatinya itu.

Oleh yang demikian, Atta meminta netizen untuk memberi idea untuk nama puterinya itu nanti.

“Tolong beri cadangan nama perempuan depan A dan belakang H… Saya nak tahu apa idea daripada sahabat online,” tulis Atta di Instagram.

Rata-rata netizen memberi pelbagai idea untuk nama anak perempuan selebriti itu dengan makna tertentu.

“Anaya Hazna Nur Atta (berkat dari Allah yang sangat cantik cahaya papatta),” tulis akaun @theattamimi.

“Aretta hallisyah -> are (Aurel) tta (atta) Halli (hallilintar) Syah (Hermansyah),” tulis akaun @nengindaah_.

“Almira Hanifa Nur Atta (Anak solehah yang taat pada Allah cahayanya Atta),” tulis akun @ah_mamahappy.

HAMPIR menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi

Atta dan Aurel bakal jadi ibu bapa dua tiga bulan lagi.

Sementara itu, menerusi temu bual bersama Boy William di YouTube, Atta memberitahu kehadiran bayinya membuatkan dirinya akhirnya mempunyai tujuan dalam hidup buat kali pertama.

“Saya sangat gembira… rasa bahagia sangat dan ini kali pertama dalam hidup saya ada tujuan.

Jadi, saya menunggu dan ini salah satu impian saya,” katanya.

Dalam pada itu, disoal mengenai gaya ikatan di kepalanya, Atta memberitahu dia berkemungkinan tidak akan memakainya lagi selepas anaknya lahir.

“Sekarang tak boleh. Tapi mungkin selepas ada anak nanti saya tak akan pakai lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta. – Liputan6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *