Semasa

Gara² Tak Puas Hati Skim Gaji Berbeza, Gadis Dibuang Kerja Serta Merta Oleh Majikan

ISU perbezaan bayaran jumlah gaji antara pekerja bagi skop pekerjaan yang sama bukanlah satu masalah baharu disuarakan orang ramai.

Namun masalah ini bagaikan tidak berkesudahan hingga menyebabkan ramai pekerja ditindas oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya telah dibuang kerja oleh majikannya gara-gara membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Lepas tu dia cakap gaji pokok dia RM1,100. Ketika itu saya dah mula rasa pelik sebab bos kami adalah orang yang sama.

“Saya jumpa pengurus untuk tanya kenapa basic gaji lain. Manager beri alasan dia ikut arahan majikan saja.

Dia juga ada cakap yang Johor ni lebih bandar berbanding Perak. Tapi hakikatnya cawangan ni dekat Ipoh, jadi tak boleh pakai alasan tu,” jelas Fatin ketika dihubungi mStar.

Demi mendapatkan jawapan setelah tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, gadis ini mengambil inisiatif untuk menyelidik hal sebenar.

Jelas Fatin yang menetap di Klebang, Ipoh ini, dia cuba mencari iklan yang disebarkan oleh pengurusnya di laman sosial bagi mencari pekerja baharu.

Rupa-rupanya memang jumlah gaji kami berbeza-beza padahal yang dapat RM1,400 tu baru kerja tiga minggu.

Akhirnya, Fatin telah menjumpai jawapan kepada persoalannya setelah melihat posting jawatan kosong di Facebook.

“Saya jumpa manager buat posting untuk mencari pekerja sebab mereka memang selalu cari staff baharu.

Memang dah ramai berhenti kerja pun sebelum ni. Yelah, siapa je tahan dengan gaji macam tu.

“Daripada situ kantoi apabila posting dekat group Facebook kerja kosong Perak tawarkan gaji RM1,000 tapi dekat Johor RM1,100,” katanya.

Tambah Fatin, lebih membangkitkan rasa tidak puas hati apabila dia terjumpa satu lagi iklan lain di Facebook dengan tulisan bahasa Cina yang menawarkan gaji minimum RM1,400.

“Tulisan posting tu dalam bahasa Cina jadi saya tekanlah translation. Saya kumpulkan semua bukti sebelum buat aduan dekat jabatan buruh (JTKSM).

“Masa hari gaji, saya tanya semua pekerja yang sama tempat dengan saya berapa mereka dibayar.

“Rupa-rupanya memang jumlah gaji kami berbeza-beza padahal yang dapat RM1,400 tu baru kerja tiga minggu,” jelas Fatin dengan rasa tidak puas hati.

Dengan semua bukti-bukti yang sedia ada itu, Fatin terus membuat aduan di JTKSM. Tindakannya itu mengundang kemarahan majikan yang bengang apabila menerima surat dari JTKSM.

Majikan berkenaan kemudian meminta pengurus cawangan Ipoh memecat Fatin serta-merta tanpa sebarang notis.

“Selepas surat jabatan buruh sampai kepada syarikat, majikan arahkan manager untuk berhentikan saya.

Tapi saya gelakkan manager itu dan ucap terima kasih sebab buang saya tanpa notis. Jadi, bolehlah tambah aduan kedua kerana dibuang kerja tanpa notis,” katanya.

Kes itu kemudian dibawa ke mahkamah dan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, hakim mendapati bekas majikannya bersalah serta diperintah untuk membayar pampasan sebanyak RM4,364.04 bagi isu tuntutan gaji dan RM1,120 atas kesalahan membuang pekerja tanpa notis.

Fatin tidak menyangka, perkongsiannya itu tular di media sosial. Malah ramai yang tampil meluahkan mereka pernah menjadi mangsa majikan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Sumber: TikTok Fatin, mStar Online. thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *