Semasa

Tak Mahu Terus Terpalit Kontroversi, Founder Kosmetik Terkenal Batalkan Sponsor Kaklong

Rentetan isu membabitkan KakLong sejak kebelakangan ini, pengasas produk komestik dalam kenyataannya memaklumkan bahawa telah menarik semula tajaan produknya ke atas wanita berkenaan.

Pengasas produk tarik ‘sponsor’ Tegasnya, gurauan mempersendakan golongan Orang Kelainan Upaya (0KU) sangatlah sensltif menyebabkan dia dan tim tldak boleh terima akan perkara itu.

Pun begitu, pengasas terbabit yang mesra disapa Aten, akui bahawa sebelum ini dia telah menaja produk keluarannya untuk Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura bagi merawat kulit wajahnya.

Persenda OKU sangat sensltif
Menurutnya, pengenalan dengan Kak Long bermula selepas video wanita itu tular mengamuk di 7E.

Walaubagaimanapun, dia memasang hasrat untuk bantu merawat kulit Kak Long selepas wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung insiden amukan itu.

F0under kosmetik tarik ‘spons0r’ KakLong

Namun, video terbaharunya yang mempersenda golongan OKU paling memberi kesan kepadanya sekaligus memutuskan dia berbuat demikian.

“Bila tular pasal video OKU, aten stopkan sponsor Bagi Aten isu OKU agak sensitif bagi kami dan team.”

“Aten tk salahkan mana-mana pihak. Maybe apa yang terjadi ada hikmah…”

Manakala Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, berlakon seperti OKU bukan modal untuk membuat kandungan dan menjadi terkenal di media sosial.

“Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita semua seharusnya ingat bahawa satu hari (nanti) semua akan menjadi OKU.

“Perkara sebegini bukan kali pertama berlaku, malah sejak kebelakangan ini telah pun ada beberapa isu mempersenda OKU kerap berlaku.

Penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang rapuh dan lemah menyebabkan ramai di luar sana terus menerus mempersenda dan mendiskriminasi komuniti OKU,” katanya.

Ras Adiba berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu menyegerakan pindaan akta itu dengan menitikberatkan aspek perlindungan dan keselamatan golongan itu melalui penguatkuasaan undang-undang.

Beliau yang juga Presiden OKU Sentral turut menyeru semua persatuan dan pertubuhan OKU untuk membuat laporan polis terhadap individu berkenaan supaya tindakan dapat diambil mengikut lunas undang-undang.

Ini kerana, beliau berkata, perbuatan memalukan fizikal seseorang secara lisan mahupun di alam maya diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Saya memohon kerajaan untuk meminda Akta 588 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan memasukkan hukuman lebih berat supaya tindakan mengaibkan orang khususnya OKU tidak dilakukan.

Kita perlu pastikan bahawa (OKU) bukan sesuatu yang boleh dipermainkan dan kami tidak boleh diperkotak-katikkan kerana kami OKU.

Kami mempunyai perasaan, kami mempunyai kehendak dan maruah jadi ini mesti dihentikan,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *