Keluarga

Dua Sahabat Menemui AjaI Slps Tercampak Dari Dlm Kereta, Rupa-rupanya Salah Seorang Tertusuk Besi Jalan

SHAH ALAM – Dua lelaki mavt dengan seorang daripadanya tercucuk besi jalan akibat tercampak keluar sejauh 4.5 meter.

Ia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7 Lebuh Raya Persekutuan, hari ini.

Mngsa yang tertusuk besi dikenali Merioh Asok manakala seorang lagi Yahayah Ampiu dengan masing-masing berusia 26 tahun itu disahkan mninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pemandu MPV jenis Perodua Alza itu, Nazirie Awas, 21, pula parah.

Ia selepas tersepit di bahagian hadapan kereta manakala seorang lagi, Dayris Faris, 24, hanya cedera ringan.

Katanya, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.09 pagi dan tiba 10 minit kemudian.

“Berdasarkan maklumat awal, Perodua Alza dinaiki empat individu itu telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Dua daripada mangsa tercampak keluar sejauh 4.5 meter dengan seorang daripada tercvcuk besi jalan dan mninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara dua lagi yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut,” – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *