Semasa

Masih Terpana Dgn Pemergian Mendadak Anaknya, Bapa Luahkan Sesuatu yg Mengejutkan

Jenazah Allahyarham Adibah Noor telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat jam 11.30 pagi tadi.

Memetik perkongsian wartawan Astro Awani, Firdaus Azil, jenazah dimandikan terlebih dahulu di Masjid Al-Ansar untuk dimandikan dan disempurnakan bagi tujuan solat jenazah.

“Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor dibawa ke Masjid Al-Ansar untuk dimandikan dan disempurnakan bagi tujuan solat jenazah dan pengebumian. “

“Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Omar berkata arwah anaknya itu juga bukan jenis yang suka menyusahkan orang lain termasuk ahli keluarganya sendiri.

“Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.

“Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang,” katanya.

Berkongsikan duka tentang pemergian Allahyarham Adibah Noor, pelakon Namron menyifatkan ianya kehilangan yang cukup besar. Namron berkata dia mengetahui Adibah menghidap kanser sejak beberapa bulan lalu.

“Bulan Februari lalu, kami berlakon bersama dalam filem Eraser sebagai suami dan isteri. Bulan lepas, Datuk Zainal Abidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan sudah selamat menjalani pembedahan pada Ramadan lalu.

“Sebenar tadi saya mendapat berita menyedihkan dia sudah kembali mengadap ilahi. Kita kehilangan seorang penghibur penuh kasih sayang dan disenangi oleh semua yang pernah berkerja bersamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Namron berkata pemergian Adibah pasti akan dirindui serta personaliti serba boleh itu tiada galang ganti.

“Kehilangan yang takkan ada penganti. Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Adibah Noor disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam, 18 Jun 2022 di Hospital Gleaneagles, akibat kanser ovari tahap empat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *