Semasa

Dinamakan Semula Sbg Menteri Kanan, Azmin Ali Menyesal Tidak Sempat Melakukan Perkara ini Sblm Ini

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meletakkan syarat supaya kabinetnya membuktikan pencapaian kementerian masing-masing dalam masa 100 hari pertama menggalas tanggungjawab.

Dalam pengumuman kabinetnya hari ini, Ismail berkata setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang dalam untuk mencapai objektif yang disasarkan.

“Saya akan pastikan kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya dalam pengumumannya hari ini.

PM umum kabinet baru, tiada TPM

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Antara yang dikekalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Namun, antara pengumuman yang ditunggu-tunggu adalah Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin bertukar portfolio dengan Datuk Seri Adham Baba yang dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Antara muka baharu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berikut senarai kabinet baru:

Menteri Kanan (Perdagangan, Antarabangsa dan Industri): Azmin Ali (Bersatu).
Timbalan: Lim Ban Hong (MCA).

Menteri Kanan (Pertahanan): Hishammuddin Hussein (Umno).
Timbalan: Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu).

Menteri Kanan (Kerja Raya): Fadillah Yusof (GPS).
Timbalan: Arthur Joseph Kurup (PBRS).

Menteri Kanan (Pendidikan): Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu).
Timbalan: Mah Hang Soon (MCA), Eddin Syazlee Shith (Bersatu).

Menteri Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Timbalan: Mohd Shahar Abdullah (Umno), Yamani Hafez Musa (Bersatu).

Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin (Umno).
Timbalan: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu), Aaron Ago Dagang (GPS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Adham Baba.
Timbalan: Ahmad Amzad Hashim (PAS).

Walaubagaimana pun, pengumuman senarai kabinet ini mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

“Saya Minta Maaf..” – Azmin Ali

Susulan perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet hari ini, netizen tidak berhenti menzahirkan kesedihan mereka terhadap pengumuman keputusan itu.

Selain netizen, beberapa orang menteri turut dilihat meluahkan rasa sedih mereka melalui akaun sosial media peribadi, termasuklah Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

Menerusi tweet yang dimuatnaik di akaun Twitternya, Dato’ Seri Azmin Ali dilihat berkongsi kekesalannya.

Ini kerana gagal untuk membantu rakyat dari segi ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.

Menurut beliau lagi walaupun keadaan ekonomi kini semakin pulih, dia akui ramai lagi rakyat yang perlu dibantu kerana terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

Melalui tweet ringkas itu, beliau sempat memohon maaf , selain berkongsi rasa bangganya kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Tweet tersebut mendapat 1.4 ribu ulangciap selain mendapat sebanyak 793 komen dari pengguna laman tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *