Hiburan

Digelar ‘Si BuIu Suara Pancit’, Shidee Akhirnya Bidas Semula Kenyataan Vida yg Ingin Sa.Ya ke Separuh Akhir

Perjalanan kumpulan duo lagenda, Sa Ya yang dianggotai Yassin dan Saiful APek berakhir semalam apabila tersingkit di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza.

Meskipun persembahan dipuji kerana mempunyai idea yang kreatif, namun dari segi vokal kumpulan itu tidak dapat memuaskan hati juri.

Dikecaam 'Si BuIu Suara Pancit', Shidee Akhirnya Bidas Semula Kenyataan Vida yg Ingin Sa.Ya ke Separuh Akhir

“Nampak sangat pilih bulu, bulu pahan tak keluar suara tapi disimpan? Atas dasar apa? Legend?

Kalau dah sah-sah pancit nak selamatkan lagi, yang bagus disingkirkan. Adakah sebab mereka pelawak, menjadi filler je dalam GV.”

“Mereka berusaha baiki kelemahan, akhirnya hasilkan great improvement setiap minggu, saya tahulah mainan ini, saya mantan sponser GV,” tulisnya.

“Hentamlah… saya akan senyum sahaja” – Shidee terbuka dikritik ‘pancit’

DITUDUH nyanyian ‘pancit’ dan tidak layak ke separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Shidee tidak terasa hati dengan komen negatif usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Sebagai penyanyi berpengalaman, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, menganggap komen berkenaan hanyalah pendapat peribadi seseorang.

“Itu pendapat dari hati dia. Saya tidak marah dan tidak ada sebarang masalah.

“Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sendiri tidak tahu kedudukan saya selepas ini.

Mungkin saya akan tersingkir pada peringkat separuh akhir,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Shidee juga memberitahu dia tidak pernah ambil pusing jika ada yang memberi kritikan dan komen negatif kepada dirinya melalui media sosial.

Bagi penyanyi lagu Semuanya Sudah Terlambat ini, setiap orang mempunyai pendapat sendiri, namun hanya Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.

“Saya tak bimbang sedikit pun dengan kritikan netizen. Hentamlah saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah tersenyum sahaja.

“Allah lebih tahu apa yang terjadi kepada diri kita nanti. Itu adalah pegangan saya,” ujarnya.

Dikecaam 'Si BuIu Suara Pancit', Shidee Akhirnya Bidas Semula Kenyataan Vida yg Ingin Sa.Ya ke Separuh Akhir

Shidee lebih senang fokus pada jadual hariannya

Dalam pada itu, Shidee memberitahu dia bukanlah seorang yang aktif di media sosial.

Katanya, dia lebih senang untuk memberi fokus kepada kehidupan harian seperti bersama keluarga, memenuhi undangan nyanyian dan aktiviti surau.

“Sekarang ini apa yang saya tahu, saya hanya perlu menyanyi sahaja. Tak pernah fikir pun nak jadi popular kembali seperti dahulu.

“Saya lebih senang dengan apa yang telah saya buat selama ini. Membuat persembahan di sebuah restoran, bersama keluarga dan mengikuti aktiviti di surau,” jelasnya.

Semalam, Sa Ya menerima markah terendah iaitu sebanyak 58.20 peratus sekaligus menjadi peserta tersingkir di minggu ke lapan.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *