Semasa

“Kepala sy dibungkus plastik hitam..” Lama Pendam, Azie Akhirnya Bongkar Dia Dipaksa Buat Sesuatu yg Mengejutkan

dibungkus plastik hitam

KOTA BHARU: Ejen jualan kosmetik, Rosnazira Mohd Naim, akhirnya kembali ke pangkuan keluarga hari ini, selepas lebih tiga minggu berjauhan sejak diculik dari kediamannya di Kampung Semat Jal, dekat Wakaf Bharu, Tumpat pada 13 September lalu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Wanita berusia 36 tahun yang lebih mesra dengan panggilan Azi itu tiba di negeri ini awal pagi tadi, dengan keselamatannya dipantau pihak berkuasa.

dibungkus plastik hitam

Azi kemudian diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ke rumah mentuanya di Kampung Kelochor, di sini, jam 2.50 petang tadi.

dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitam

“Soal keselamatan mangsa selepas ini, keluarga perlu adakan perbincangan mengenai apa langkah seterusnya kerana tidak semestinya bergantung kepada pihak polis semata-mata,” katanya.

Mengulas siasatan kes itu, katanya ia sudah selesai, namun ada banyak yang perlu dipertimbangkan dalam siasatan pihaknya.

“Selagi ada perkara yang menyalahi undang-undang, polis akan siasat,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian petang 13 September lalu, Azi yang juga ibu kepada seorang anak diculik di hadapan rumahnya di Kampung Semat Jal di Wakaf Bharu, Tumpat oleh sekumpulan lelaki sebelum dibawa ke Thailand menerusi Sungai Golok.

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke negara ini pada 29 September lalu hasil kerjasama rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand.

Tujuh lelaki tempatan turut ditahan berhubung kes itu di tiga negeri iaitu Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Mengulas tujuh tangkapan sebelum ini, Muhamad Zaki berkata, tiga daripadanya sudah dibebaskan, manakala empat lagi masih ditahan.

“Mereka ditahan untuk dijalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961,” katanya.

dibungkus plastik hitam dibungkus plastik hitamAzie juga mendedahkan dia telah dikurung oleh penculik di sebuah inap desa yang dikelilingi sawah padi di Laos selepas berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya di Thailand sebelum itu.

Mengimbau semula detik ‘ngeri’ itu Azie berkata, selepas diculik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat, dia telah dibawa ke Kuala Jambu untuk dilarikan ke Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu melalui pangkalan haram.

Menurutnya, sebelum dibawa ke negara jiran penduduk kampung ada melihat kejadian itu namun tidak dapat membantu kerana penculik tersebut membawa senjata.

“Sebaik sahaja memasuki Thailand, kepala saya telah ditutup menggunakan plastik hitam. Di Thailand saya telah mengharungi perjalanan berhari-hari melalui kebun getah, bertukar-tukar kereta sebanyak tiga kali termasuk kumpulan penculik untuk sampai ke Pattani.

“Selepas itu, saya telah dibawa ke Bangkok dan memasuki Loas dengan menyeberangi sungai menggunakan perahu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di sini hari ini.

Azie memberitahu, selepas beberapa hari berada di Laos, sekumpulan penculik tersebut telah menerima arahan untuk membawanya semula ke Bangkok.

Katanya, nasib menyebelahi dirinya apabila kereta yang dinaiki bersama penculik telah ditahan polis dalam sekatan jalan raya di negara berkenaan.

“Saya ditahan oleh pihak Imigresen Thailand manakala penculik diberkas oleh polis negara berkenaan. Saya tinggal beberapa hari dalam tahanan pihak Imigresen sebelum pihak Polis Thailand membuat pengecaman.

“Akhirnya saya dapat diselamatkan dan berada dalam jagaan kedutaan Malaysia. Saya berjaya diselamatkan selepas gambar pihak polis Thailand yang bekerjasama dengan Malaysia telah menyebarkan gambar dalam usaha mencari dan mengesan,” jelasnya.

Azie berkata, sehingga hari ini dia tidak mengetahui motif penculikan tersebut.

Katanya,  sepanjang dalam tahanan penculik dia telah dilayan dengan baik, diberi makan dan pakaian

Tonton Video:

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *