Hiburan

Peminat Seronok Lihat Amelina Dalam Diam Naik PeIamin, Rupanya ‘Lelaki’ itu…

GARA-GARA perkongsian video seorang jurumekap yang memperlihatkan penyanyi dangdut Amelina berbaju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat.

Menerusi akaun TikTok @hahaksado dengan kapsyen ‘selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita’.

Amelina disangka mengikut jejak aktres Jasmin Hamid yang sudah menamatkan zaman janda.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Saya pun menunggu jodoh daripada langit. Entah kalau orang tanya saya pasal jodoh saya dah mencuba berkali-kali.

“Tapi pertama mungkin orang bosan dengan saya sebab busy dan jenis ambil mudah dalam perhubungan,” ujarnya.

Diam diam eh kak Long kita naik pelamin

Amelina tidak menolak jodoh sekiranya ada pasangan yang tepat.

“Tak tahu dalam usia macam ni, saya ibu tunggal dan indipendence.

Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support sebab saya bukan orang muda.

“Kehidupan rumah tangga saya penuh dengan penderitaan dan trauma.

Saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang. Kehidupan saya sangat perit!

“Saya tak pernah rasa momen macam dalam drama tu yela sebab perkahwinan akak terdahulu kat luar negara.

Aku tak kira nak naik pelamin juga kalau ada jodoh InsyaAllah,” ujarnya.

Amelina mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood 26 April 1999 di Songkhla, Thailand, namun bercerai pada 29 Jun 2016.

Perkahwinannya dengan Reduan dikurniakan enam anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 20; Putera Al’ Affiq, 19; Putera Al’ Asyraff, 18; Puteri Nur’ Asyurah, 16; Putera Al’ Arffa, 14; dan Putera Al’ Amzar, 12.

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *