Semasa

Sekian Lama Diam Tanpa Khabar, Akhirnya Azri Iskandar Dedahkan Dia dan Dr Azra Sudah pun Bertunang

Pelakon Azri Iskandar akhirnya mengesahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Dr Azra Diera, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.

Memetik Harian Metro, Azri berkata dia kini dalam fasa bahagia selepas mengikat tali pertunangan serta merancang untuk berkahwin.

“Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang.

“Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja,” katanya.

Elli Restu

Ellie berkata, dia berharap Azri tidak memperjudikan erti perkahwinan dan hidup seseorang serta mengambil serius apatah lagi ianya melibatkan perkahwinan.

“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia cemburu bekas suaminya mahu berkahwin semula, Ellie berkata dia tidak cemburu.

Dalam pada itu, Ellie turut berharap agar bekas suamiya itu berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.

“Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.

“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.

“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari.

Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri,” katanya.

Terdahulu, Azri mengejutkan ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Dr Azra Diera selepas 12 hari bercerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *