Hiburan

“Macam Ulat..” Selepas Chef Wan, Che Ta Pula Memberi Komen Sinis, Rupanya Rekaan itu..

Jumaat lalu berlangsungnya acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, Jepun.

Sudah pasti ramai tidak sabar untuk melihat busana apakah yang dipakai oleh atlet Malaysia pada acara tersebut.

Lantang memberikan pendapatnya mengenai perkara itu, cef selebriti Datuk Chef Wan mengkritik busana atlet negara langsung tidak menarik dan dilihat murah.

Malah, Chef Wan turut berkata atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu dimana bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita dilabel seperti badut.

Kata Chef Wan lagi, negara kita mempunyai kepelbagaian budaya yang boleh ditonjolkan kepada dunia.

Malah, turut memberi cadangan jika membuka undian kepada rakyat Malaysia untuk mengundi hasil kerja yang terbaik.

“Paling tidak satu dunia tengok macam mana rupanya. Sekurang-kurangnya mereka akan kata, wow itu Malaysia! Tersendiri dan menyerlah.

“Ini tak habis-habis dengan si Hang itu, Hang ini! Apa kata anda? Atau cuma mata saya yang nampak lain. Inspirasi daripada Hang Tuah? Tak sudah-sudah pusing situ juga,” ujarnya.

Namun, disebalik kritikannya itu Chef Wan tidak lupa mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan atlet tanah air dalam berjuang mengharumkan nama negara.

“Tiada apa yang kami harapkan selain yang terbaik untuk mereka. Doa-doakan semoga semua selamat dan sihat-sihat selalu dalam usaha mengharumkan nama negara.

“Sangat berbangga dengan pencapaian dan pengorbanan mereka yang berusaha gigih untuk pertandingan ini, Insya-Allah,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, busana atlet Malaysia itu diinspirasikan daripada pemakaian Laksamana Hang Tuah dan warna pakaian pula diinpirasikan daripada warna Jalur Gemilang.

Ianya direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Che Ta juga Bersuara

Selain Chef Wan, nampaknya pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta turut mengkritik busana yang dipakai atlet negara yang disamakan seperti sarung bantal.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?

“Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium,” komennya dalam InstaStory.

Rupanya Rekaan Ini..

Artis keroje dia nak komplen je

Mata orang kan lain-lain

Terdahulu, cef selebriti Datuk Chef Wan mengkritik busana atlet negara langsung tidak menarik dan dilihat murah.

Malah, Chef Wan turut berkata atlet yang menyarung busana berkonsapkan pakaian tradisional Melayu dimana bertanjak untuk lelaki dan baju kurung bagi atlet wanita dilabel seperti badut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *