Semasa

Ada yg Dtg Dari Ipoh ke Putrajaya Menggeletik nak Gambar dgn Cleaner Viral ini, Katanya Persis Amir Khan

Di TikTok, seorang tukang sapu di Putrajaya menjadi tular di media sosial gara-gara wajahnya yang begitu kacak seperti seorang model.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Maya Suhaimi, memaparkan wajah tampan pekerja kebersihan itu seperti sosok lelaki Mat Salleh.

Rakaman Video ada di bawah Sekali

Video tersebut diambil dari dalam kereta ketika dia sedang membersihkan tong sampah di kawasan terbabit.

Cleaner kat Putrajaya.

Pada awalnya ramai yang menyangka bahawa ia hanya sekadar konten kerana penampilan lelaki berkenaan persis seperti seorang model.

“Warga asing macam ni jenis setia. Dah la hensem. Tak macam laki melayu..”

Namun siapa sangka rupa-rupanya tidak dan dia memang seorang pekerja kebersihan.

Menurut wanita itu, pekerja kacak berkenaan berasal daripada Pakistan dan namanya Khan.

Hal ini sekali gus menafikan segala spekulasi yang dibuat oleh netizen dengan mengatakan bahawa lelaki tersebut adalah ejen rahsia mahupun pelakon yang sedang membuat konten.

Tonton Video KLIK DI SINI

Sumber : mayasuhaimi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *