Hiburan Semasa

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Berhubung video tular memaparkan seorang ‘influencer’ memperlekeh warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai golongan artis tampil memberikan pelbagai reaksi.

Ini termasuk penyanyi rap, MK K-Clique dimana terdapat satu luahan di InstaStory miliknya dikongsi semula oleh pengguna di laman Twitter, @pedoqpop.

Pengguna itu memuat naik tangkap layar InstaStory tersebut yang memperlihatkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin dipercayai mempersoalkan tindakan biadab usahawan berusia 34 tahun terbabit.

“Sebab dia berani, kau upah RM50? Si*l apa kau, saya bukan orang kata. Keluarga saya bukan orang kaya. Siapa ada info pakcik ini, saya bagi pakcik ni RM50,000.

“Mentang2 kau kaya dan berjaya, cakap ikut sedap mulut kau je,” tulis kapsyen pada InstaStory berkenaan.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Bagaimanapun, menerusi pencarian di Instagram penyanyi berusia 25 tahun, InstaStory mengenai pemberian wang RM50,00o kepada pakcik itu dipercayai sudah dipadam.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Menerusi InstaStory berbeza, penyanyi berasal dari Sabah itu mengakui jarang bersuara mengenai isu semasa tetapi terlalu emosi.

Ini apabila melihat pakcik tersebut diperlakukan sebegitu apatah lagi dirinya sendiri berasal daripada keluarga susah.

“Saya dari keluarga susah, nampak pakcik tu macam saya nampak bapa saya. Niat dengan cara tu tak sesuai, minta maaf emosi sikit,” tulisnya.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Terdahulu, ‘influencer’ terbabit mempersoalkan warga emas itu sekiranya menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga berubah menjadi gelandangan.

Peguam Tampil Perjelaskan Keadaan

Berikutan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa bengang dan kecewa yang menyifatkan telah menjatuhkan maruah dan air muka warga emas berkenaan.

Sedar bahawa video yang dimuat naiknya tular dan mencetuskan pelbagai persepsi tidak elok, peguam kepada usahawan tersebut telah menjelaskan hal sebenar dari pihak mereka.

Menerusi sumber dari Mstar, peguam, Emma Syakira memaklumkan ada individu yang ingin menjatuhkan anak guamnya iaitu Carl Samsudin.

Ini dengan merakam video hanya sekerat dan menyebarkan fitnah berkenaan usahawan itu.

“Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motvasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.” 

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar herdik orang tua…walhal itu tak benar.”

“Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang tu’ sampaikan dengan cara sebegitu,” katanya kepada sumber.

Tambah Emma, Carl Samsudin telah menerima dan memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan tema ‘Ubah Hidup”.

Kesemua gelandangan yang terlibat sudah disaring dan mereka yang hadir adalah gelandangan yang benar-benar sedang mencuba untuk berubah kearah yang lebih baik.

Jadi, semangat memberikan ceramah membuak-buak sehingga disalah tafsir sesetengah pihak yang hanya melihat dari video ringkas yang tular itu.

“Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk nasib hidup mereka.

Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gelandangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka nak ubah nasib hidup.”

“Beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut.

Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan nak kongsi pengalaman hidup.”

“Bukan dia herdik, itu tak benar. Itu yang ‘pihak tersebut’ buat, tujuannya untuk jatuhkan Carl…sampai tular video satu Malaysia,” ujarnya.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Oleh itu, Emma dan anak guammnya sudah pun membuat laporan polis bagi menjelaskan hal sebenar berkaitan isu panas tersebut.

Mereka juga telah mengenalpasti pihak yang menfitnah dan akan menamakannya di dalam laporan polis yang telah dibuat.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Selain daripada itu, Carl Samsudin sendiri telah tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya dan mengakui dia langsung tidak berniat untuk mempermalukan pakcik tersebut.

Namun, dengan rendah hati, dia memohon maaf dan sedar apa yang dilihat adalah tidak wajar dan berjanji tidak akan megulanginya semula.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Dia juga memaklumkan yang telah mengecewakan banyak pihak termasuklah teamnya .

Dia memaklumkan dalam masa terdekat ini akan bertemu dengan pakcik tersebut bagi memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan tempoh hari.

Menyentuh isu kompaun pula, Carl mengakui kesilapannya yang tidak memakai pelitup muka dan sudah pun dipanggil pihak berkuasa bagi memberikan penerangan.

Dikatakan Akan Berjumpa Semula dgn Pakcik itu Utk Meminta Maaf, Namun Kenyataan Peguam Sgt Mengelirukan

Sumber: Portal Mstar (Shuhaniza Said), Instagram Carl Samsudin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *