Hiburan

Buat² Muntah Masa Pekena Kopi, Tindakkan Tak Normal Utuber ini Mendapat Kecaman Netizen

Beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial berkenaan seorang YouTuber perempuan ini.

Dia dikatakan memperlekehkan minuman apabila merakam dirinya yang seakan ingin termuntah meminum kopi jenama terkenal.

YouTuber tersebut dikatakan ingin merasa perisa yang tengah viral namun tidak menyukai kopi.

Kemudian membuat memek muka seperti ingin muntah dan mengeluarkan minuman tersebut dari mulut sehingga mendapat kecaman ramai.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Pastinya ramai geram melihat perangai merepek gadis tersebut yang sebelum ini beberapa kali pernah mencetuskan kontroversi di media sosial.

Sedar akan keterlanjurannya berbuat hal yang tidak berapa baik, YouTuber tersebut yang dikenali sebagai Nur Hamira telah tampil membuat permohonan maaf diatas perbuatan kurang matangnya itu.

Selain itu, dia juga memohon maaf kepada ‘pencipta’ resepi viral tersebut yang juga influencer di media sosial.

Ini kerana kerap memetik nama wanita itu sehingga mendatangkan rasa kurang senang kepada beberapa pihak.

buat2 muntah ketika minum kopi

Setakat ini, Hamira telah pun menurunkan video berkenaan di aplikasi TikTok selepas teruk dihentam netizen.

Beberapa influencer juga dilihat ‘bersatu’ menyelar tindakan YouTuber itu kerana disifatkan sangat tidak beradab terutamanya dengan rezeki.

Sumber: Twitter @ainzafiyra Instagram @nrhwz86

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *