Semasa

Rebah Ketika Kawad, Bapa Saudara Kaki Ayam Berlari Tegakkan Semula, Rupanya Ini yg Berlaku

Sejak petang tadi, gambar-gambar seorang lelaki warga emas berlari mendapatkan anak saudaranya yang rebah ketika berada dalam perbarisan kawad.

Ia dilakukan untuk Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang tular di media sosial.

Gambar menyentuh hati yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu mendapat perhatian banyak pihak.

Ia sehinggalah ramai yang akui sebak melihat momen bersejarah tersebut.

Rakaman Video ada di BAWAH SEKALI

Merujuk kepada laporan dari Berita Harian, ramai yang menyangkakan bahawa lelaki yang rebah adalah anak kepada warga emas terbabit.

Namun sebenarnya adalah anak saudara yang sudah kematian orang tua dikenali sebagai Nik Mohd Asdhar .

Dapat dilihat yang bapa saudara kepada Nik Mohd Asdhar berlari tanpa memakai kasut demi menampung tubuh pemuda itu yang beberapa kali rebah sewaktu perbarisan sebelum bantuan perubatan tiba.

Seorang pengguna Facebook  dikenali sebagai Hidayatul Hannani yang turut berada di lokasi perbarisan juga sempat berkongsi video ketika situasi cukup sebak itu berlaku sehingga membuatkan ramai yang bergenang air mata.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr  Asyraf Wajdi Dasuki memaklumkan di laman Facebook miliknya dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa pemuda yang rebah itu adalah anak angkatnya yang kini sedang bertugas di KPDNHEP Tawau, Sabah.

Menurutnya, Nik Mohd Adhar telah kehilangan orang tua sejak di bangku sekolah lagi dan warga emas yang memapahnya sewaktu pitam adalah bapa saudara yang dikenali sebagai Abdul Aziz Ya’acob.

Tambahnya, beliau baru sahaja menghubungi Nik Adhar yang difahamkan kurang sihat sewaktu perbarisan tersebut.

Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan kepada Nik Muhd Adhar dan ribuan penghargaan kepada bapa saudara yang sangat mengasihi dirinya.

Tonton VIDEO KLIK DI SINI

Sumber: Berita Harian (Mahani Ishak), Facebook Alexander Nanta Linggi, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Hidayatul Hannani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *