Mustika Rakyat

Berjanji Ingin Bersatu Kembali, Gadis Meraung Lihat Ex Kahwin dgn ‘Dia’ ni Slps 7 Bln Putus

Bukan mudah untuk melalui fasa ‘move on’ selepas

Bukan mudah untuk melalui fasa ‘move on’ selepas hubungan dengan kekasih terlerai di tengah jalan.

Segelintir individu memerlukan masa berbulan-bulan lamanya, tidak kurang bertahun pun ada juga.

Bagi seorang gadis Ainatul Aisya, emosinya terganggu setelah mengetahui bekas teman lelakinya telah menemui jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, dia yang juga penuntut di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia menangis apabila telah cuba sedaya upaya untuk ‘move on’ selama tujuh bulan.

Berdasarkan rakaman berdurasi 21 saat itu, dia yang mesra dipanggil Ain berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama bekas kekasihnya.

Mereka sebelum ini berjanji akan setia menunggu dirinya sehingga menamatkan kursus jururawat.

Bukan mudah untuk melalui fasa ‘move on’ selepas

Tangkapan skrin kedua pula memaparkan mesej diterima daripada salah seorang rakan di laman Instagram yang bertanya sekiranya dia berkesempatan ke majlis perkahwinan lelaki berkenaan.

Bukan mudah untuk melalui fasa ‘move on’ selepas

Adakah tempoh tujuh bulan itu terlalu cepat?

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis Berjanji Ingin Bersatu KembaliGadis

Seolah-olah tidak dapat menahan ‘kesakitan’ ditanggung selama ini, Ain dilihat cuba menenangkan dirinya yang bersedih atas perkhabaran mengenai bekas teman lelakinya itu.

Video rakaman terbabit menerima 451,600 tontonan dan hampir 3,000 komen netizen yang mengakui tersentuh hati dan bersimpati dengan nasib menimpa Ain.

Rata-rata menitipkan kata-kata positif, meminta gadis berkenaan sabar dan percaya dengan perancangan Allah meskipun sukar untuk menempuhi perkara itu dalam kehidupan.

Sumber: Tiktok @syaayang98 via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *