Hiburan

Sebak Bila Dpt Tau Artis Vateran, Mimi Loma Telah Pergi Meninggalkan Kita “Perginya Tiada Galang Ganti..”

Sebak bila baru dapat tau, Pelakon dan penyanyi era 1960-an, Mimi Loma, 75, meninggal dunia dalam tidur.

Ia berlaku di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini, jam 2.19 pagi, 21 Ogos 2021.

Berita pemergiannya disahkan oleh anak tunggalnya, Sherina Othman, 48, ketika dihubungi BH Online.

Sherina berkata, arwah pergi dalam keadaan tenang di hadapannya, anak dan jiran.

Katanya yang masih menggigil badan akibat terkejut pemergian arwah ibunya secara tiba-tiba.

Berita pemrgiannya dishkan oleh anak tunggalnya

Katanya, dia dan anaknya memeriksa oksigen dan pernafasan arwah, mula perasan tangan serta kakinya sudah sejuk, kira-kira jam 2 pagi.

Sherina berkata, dia mula melihat perubahan wajah arwah pada malam Khamis lalu.

“Saya membawa pulang pulut hitam selepas pulang kerja. Apabila masuk rumah, arwah sedang tidur.

Saya perasan wajah arwah sangat berbeza. Dalam hati terdetik kenapa muka mummy sangat berbeza, tetapi saya hanya mendiamkan diri.

Saya dan anak berulang kali bertanya sama ada mahu makan pulut hitam, tetapi arwah tidak menjawab.

Akhirnya, arwah cakap tidak mahu makan,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mimi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, pagi ini.

Terdahulu, pelakon filem Ahmad Albab itu sudah sekian lama berada dalam keadaan uzur.

Beliau mengalami masalah penglihatan, darah tinggi, tidak mampu berjalan dan sakit belakang selepas terjatuh di rumahnya dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, tahun lalu.

Disebabkan terjatuh, tulang pinggul arwah Mimi patah dan melakukan pembedahan, namun sukar untuk berjalan.

Allahyarham Mimi atau nama sebenarnya, Siti Aminah Ismail adalah adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail.

Beliau aktif berlakon dan menyanyi pada era 1960-an dan pernah membintangi filem Ahmad Albab pada 1968.

Allahyarham meninggalkan seorang cahaya mata dan tiga cucu.

BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *