Semasa

Kena Sound Setepek dgn Dato Awie Sbb ‘Pilih Sedap’, Ini Tindakkan Zul Ariffin

Pelakon, penyanyi dan penerbit, Datuk Awie memberi respon berhubung sebuah klip video memaparkan ‘aksi’ panas membabitkan pelakon kacak, Zul Ariffin yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

“Benda itu (babak ranjang) tak wajar, kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah.

Benda boleh tolak tapi dia memilih sedap, jadi dia kena terimalah benda (hukuman) itu.

Dari sudut seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber, mereka boleh masukkan unsur-unsur Islamik dalam lakonan atau tidak.

Kalau tidak, maka dia nak ‘go’ (jadi) profesional dan ‘go’ profesional ini hukumnya tiada.

Dia akan ‘all out’ (tiada batas), tapi kalau dari sudut Islamik, maka ada hukum tertentu yang mereka perlu ikuti.”

Ujarnya lagi, dari sudut islam sudah tentu tidak elok kerana ia merupakan adegan ranjang, namun dari sudut lakonan mereka tidak memikirkan perkara itu.

“Pandangan saya, dari sudut Islam tentulah tak elok, kita nampak sebagai satu (adegan) ranjang.

Tapi dari sudut lakonan yang mereka tak memikirkan soal itu, itu terpulang pada mereka.”

Susulan daripada itu, Awie turut mencadangkan supaya pengarah produksi menggunakan kreativiti dengan meletakkan unsur metafora bagi babak ‘panas’ seperti itu dan bukannya dilakonkan secara fizikal.

Zul Arrifin Minta Maaf

Pelakon Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram pada Isnin.

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

“Dengan hati terbuka saya ambil maklum di atas respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di platform berkenaan.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Kena Sound Setepek dgn Dato Awie Sbb 'Pilih Sedap', Ini Tindakkan Zul AriffinZul Ariffin terima teguran daripada semua pihak.

Klip video berdurasi kira-kira satu minit itu turut menerima respons Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad yang mengakui bimbang jika hiburan yang dipersembahkan kepada penonton itu melampaui batas.

Dia juga akan menghubungi pihak yang terlibat untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini ditegah dan diubah dengan hikmah.

Sementara itu, TV3 dalam satu kenyataan memandang serius dan mengambil berat suara ramai mangerai petikan adegan dalam drama Perempuan Itu.

Malah babak panas itu tiada dalam perbincangan atau mendapatkan kelulusan daripada pihak stesen tersebut.

Sumber : Harian Metro/mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *