Semasa

Bayi Baru Lahir yg Masih Bertali Pusat Telah Dibuang, Dikerumuni Ratusan Lalat Akhirnya Telah Diselamatkan

TINDAKAN pantas empat sahabat yang terkejut melihat seorang bayi perempuan yang dibuang berhampiran tong sampah baru-baru ini telahmendapat perhatian warga maya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Bayi bertali pusat

Bayi bertali pusat

Lebih menyayat hati kata Nisa, badan bayi malang itu turut dihurungi berekor lalat dan semut.

Setelah lebih 15 minit panggilan dibuat, dua orang anggota polis dari Balai Polis Ulu Bernam, Perak dan disusuli empat orang pegawai perubatan datang bersama ambulans.

“Kami tak tahu bila dia ditinggalkan tu tapi kami tak sentuh bayi dengan tangan kosong sebab tak nak kacau bahan bukti.

Kami guna alas kain saja pegang dia sementara tunggu polis.

“Bayi tu sekarang selamat berada di hospital. Keesokan harinya kami menerima panggilan oleh pihak hospital.

Mereka beritahu bayi dalam keadaan sihat dan tiada sebarang cacat cela atau penyakit,” katanya lagi.

Berikutan perkongsian Nisa di TikTok, video tersebut menerima lebih 1.7 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen memuji tindakan Nisa dan sahabatnya malah ramai yang mahukan bayi ini untuk dijadikan anak angkat mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kes masih dalam siasatan polis, jadi saya tak dapat nak ceritakan perkembangan dia lagi.

“Kami namakan dia sebagai ‘Baby Hawa’ sementara waktu ni. Lepas saya post video tu dekat TikTok, ramai yang nak ambil dia jadi anak angkat.

“Malah ada pasangan yang bersungguh-sungguh betul mahu jadikan bayi ini sebagai anak angkat mereka,” ujar Nisa lagi menutupi kisah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *