Semasa

Berang Perasaan Dipermainkan, Instafemes Bongkar Azri Iskandar Ajak Nikah Tapi Kahwin Orang Lain

Baru saja beberapa hari lalu mengumumkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera, seorang wanita mendakwa dipermainkan oleh pelakon Azri Iskandar.

Memetik mStar Online, wanita dikenali sebagai F itu mendakwa Azri berjanji untuk bernikah dengannya dan dia sudah pun berjumpa dengan keluarga aktor itu.

Menurut wanita itu, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu dan berhubung semula selepas dua hari Azri bercerai dengan bekas isterinya, Elly Suriaty.

“Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia… semua baik,” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia seolah dipermainkan apabila membaca berita Azri bakal berkahwin dengan wanita lain serta memilih untuk mengundur diri.

“Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.

“Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia,” katanya.

Saya Tak Curang

Memetik Getaran, Azri berkata sebelum bercerai dia tidak tahu tentang Azra dan mengenalinya seleppas 12 hari bercerai dengan bekas isterinya.

“Saya tak curang dengan Ellie. Saya mula kenal Azra pada 29 Mei iaitu lepas cerai dengan Ellie. Bukan sebelum bercerai.  Sebelum ini, saya tidak pernah tahu pun tentang Azra.

Beberapa hari sebelum mengenalinya, kami ada berhubungan di dalam Whatsapp tentang urusan kerja.

“Urusan kerja itu adalah untuk sebuah projek drama bersiri yang bakal saya jayakan tidak lama lagi dan Azra adalah penulis skripnya.

“Saya menghubungi Azra kerana memerlukan penjelasan tentang karektor yang bakal saya bawakan dalam drama tersebut.

Tetapi, saya tidak sangka pula selepas bercakap dengan dia, saya jadi suka pula pada dia dan teringatkan dia,” katanya.

Dikecam netizen apabila mendakwa dia curang dengan Ellie, Azri berkata dia juga tidak menyangka berita perkahwinannya itu membuatkan ramai yang beranggapan itu punca mereka bercerai.

“Saya tidak sangka pula bila keluarnya berita yang saya nak kahwin dengan dia itu, orang anggap itu punca saya cerai dengan Ellie. Padahal, sebelum cerai, saya tiada hubungan dengan mana-mana wanita pun. Punca kami cerai juga tiada kaitan dengan isu curang.

“Saya terpaksa jelaskan hal ini. Sebab saya tidak mahu berlaku salah faham. Tak pasal-pasal dia (Azra) juga terkait dalam hal ini.

“Saya bimbang disebabkan persepsi tidak benar ini, keluarga Azra juga akan salah faham. Saya sendiri pun belum lagi berjumpa dengan bapa dan keluarganya di Perlis.

Macam yang saya katakan awal tadi, saya mula kenal dia (Azra) pada 29 Mei dan itu memang benar,” katanya lagi.

Ditanya mengenai komen netizen yang mengatakan bahawa dia tidak menghormati tempoh edah Ellie dan mudah mencari pengganti, Azri berkata dia mahu move one.

“Saya sudah move on dan tempoh edah itu sebetulnya lebih kepada perempuan. Saya memang tak mahu lagi fikir apa-apa.

Saya hanya mahu jalan ke depan dan sejak kebelakangan ini, saya sudah kembali dapat semula keghairahan untuk bekerja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *